Aku Tahu Kau Kuat

Kau kecil
Kau keding
Tapi aku tau kau kuat di dalam
Jangan biar mereka pijak kau seperti mana manusia kejam memijak semut comel
Bola api itu datang, kau tahu apa patut kau buat
Bola api itu panas, kau tahu cara untuk sejukkan ia
Bola api itu garang, tenung dia
Tenung guna mata, basah kan ia menggunakan pandangan biru sejuk
Jangan biar jasad di bakar tanpa permit
Jangan sesekali tunjuk kelemahan di dalam
Aku tahu kau kuat
Aku tahu kau kuat
Senjata kau sekarang ialah, senyum
Ya, senyum :)

Hari Ini Hari Bahagia.

bahagia,
tersenyum,
ketawa besar besar,
hari ini aku jumpa dia
dia yang selama ini jauh nun disana
hari ini, kami dekat,
peluk erat erat
genggam tangan ke tangan
lihat, tapak itu berpeluh keriangan
kau sungguh comel sayang.

Titisan Nanah Menitik

Tengkorak mengeluarkan lendir jijik
Mesin merah jambu berhenti berfungsi
Biji mata rabak dimakan dengkuran yang melampau
Di tangan kiri, genggam botol terhina
Kemaluan dibawah, sedang layan mengeluarkan air kuning bersilau
Tenung mereka yang sedang asyik menghina
Tenung mereka yang sedang berpesta
Tenung mereka yang sedang berdansa
Pada aku, mereka semua tak berguna
Ini sampah
Ini jijik
Ini geli
Yang sedang menulis
Yang sedang bermain dengan alam fantasi
Yang sedang dibuai mimpi
Yang sedang melihat kepala lancau lancau melontarkan senyuman palsu
Lu nak kemana dengan maki makian lu?
Lu nak kemana dengan dosa dosa lu?
Lu akan dapat ke Dato', Tan Sri, Puan Sri, Datin kalau lu terus buat sampah, membangga diri?
Lu besar la dengan lu punya kereta seribu sisi?
Manusia keji ini hanya tegak berdiri menghisap rokok sambil tersenyum
Kau kau kau, memang takda kerja lain
Kau hina, kau ludah, kau maki hamun, kau tikam, kau sepak terajang sesama sendiri
Woi! bangsa kau jugak
Warna kulit lebih kurang je
Belacan jugak yang kau telan, bukan salad
Mari rapat aku mahu bisik
Kita semua akan mati, nyawa kita akan ditarik
Nunn dibawah tu tempat kita
Blahh.. pergi kau lari jauh.

Kelompok Tinggi Rendah

Kopi panas meneman
Akhbar menyiarkan berita politik tak masuk akal
Perang mulut tercetus 24jam
Sini betul, sana salah
Dato' Sri salah, "takpe, dia tak sengaja" tutup kes
"dia meliwat, mari potong punai dia HAHA"
Masa makin dekat
Disana kerusi roda menunggu
Akar akar rambut putih sudah tumbuh
Kulit sedang mencair
Otak kehabisan tenaga
Dunia mula terumbang ambing
Rakyat bertindak seperti lalang
Aku, hanya duduk sorang sendiri menyendiri melihat mereka melatah apabila dicucuk.