Alone.

senyum aku pagi itu palsu
walau matahari tahu
apa aku rasa
apa aku hidu
apa aku kata
apa aku mahu
tahu saja dia

di pagi itu,
dia adalah temanku.

Sebelum Itu.

sebelum itu
katakan kau rindu
katakan kata kata itu
teriakkan jerit batinmu
laungkan rasa cinta palsu
agungkan kata hati satu
tepikan pahit pahit hempedu
muntahkan kelat resah itu
rasa
jiwa
hati
perasaan
yang tak pernah pernah bersatu
yang tak henti henti bersatu
yang tak mahu mahu berundur
jatuh aku tersungkur
jatuh aku dalam lumpur
jatuh aku jatuh

sebelum itu,
sebelum kau pergi ke dunia baru.

* * *

lepas satu satu
lepas satu satu
lepas ini apa
lepas ini apa
lepas ini apa lagi yang kau nak kritik pasal aku
lepas ni apa lagi kau nak ludah pasal aku
lepas ni apa lgi kau nak bebel pasal aku
semua tak kena
semua tak masuk
saemua tak betul
semua salah
semua aku salah
aku siapa
aku ini siapa
siapa aku ini
sebenarnya siapa aku
siapa aku sebenarnya
hidup maki
hidup ludah
hidup penuh beribu sumpahan sialan
apa kau nak?!
ingin aku berambus
apa kau nak?!
ingin aku mampus.

aku ini gagal sebagai seorang anak.

Lalala~

malam ni aku rasa macam nak panaskan badan
sebab kepala pun berat en.
hmm ada sesiapa boleh tolong belikan Carlsberg atau
Soya Basi kat kedai Pak Moron tak?

Diari Seorang Lelaki.

sampai bila aku nak tipu diri sendiri? tipu orang orang keliling? aku bukan suka suka untuk menipu. aku menipu atas satu sebab. dan sebab itu biar aku saja yang tahu. aku saja. mungkin satu hari nanti confident level aku dah betul betul teguh dan kukuh, aku akan cerita. tapi bukan sekarang. satu hari nanti. hampir setiap malam aku fikir fikir punya fikir last last jalan mati. shit. bomba kepung, abang abang polis kepung, RELA pun kepung. aku tak tahu nak kemana dan aku terperangkap ditengah tengah abang abang beruniform tegap. tambah plak lengkap bersenjata. gila kau aku nak rempuh?!

kalau la aku ni cuma watak dalam komik bersiri, boleh la aku suruh pelukis aku tu koyak muka surat yang ni dan tulis jalan cerita yang lebih baik. yang lain. yang tak sakitkan hati hati orang lain. tapi aku manusia yang berdiri di alam nyata. sekali kau dah buat, takkan ada pemadam untuk kau padam balik atas apa yang kau dah buat. takkan ada.

ya, aku buat kesilapan yang paling besar (takda la 'paling' sangat) tapi bila benda tu dah effect aku setiap malam, setiap kali dengar lagu lagu Zee avi, Wani Ardy, Endah N Rhesa, and, .. Colbie Caillat, benda tu mesti la jadi benda yang 'paling' kan? bila aku dengar lagu lagu diorang aku jadi macam ... macam manusia yang dilahirkan tanpa otak dan dia konfius, 'apa yang aku nak fikir ni? otak aku takda'

faham tak maksud aku kat situ? ok kalau faham kau pandai dalam bm.

Sudah Jatuh.

Nampaknya seperti sampan yang aku bina untuk kita sudah karam ke dasar tasik. Tiada harapan lagi. Kepulan asap rokok yang kita hembus ke dada dada langit tidak lagi kelihatan seperti bidadari. Ianya kosong. Hanya asap busuk bagi perempuan perempuan yang lepak di Starbucks atau Coffee Bean. Ingat lagi jambatan yang kita bina? Ia semakin samar ditutupi kabus tebal. Dan kau masih ingat lagi langit ke lapan? Dimana aku pernah bisik halus ditelinga sebelah kiri kau yang kita akan tinggal disana? Aku rasa...kita biar saja ia terbengkalai. Bila satu hari nanti kau ada orang baru, please jangan bawa dia ke situ. Sebab nanti aku akan mengamuk lalu bertukar menjadi serigala macam Jacob. Kita bermaksud, KITA SAHAJA.


Untuk Seorang.

Khamis. Jam tiga pagi. Anuar atas katil king saiz. Baring sorang-sorang menunggu si dia datang dan peluk.
Tunggu.
Tunggu.
Tunggu.
Sampai terlelap.


Jumaat. Jam dua lima lima pagi. Anuar atas katil king saiz. Baring sorang-sorang menunggu si dia datang dan cium.
Tunggu.
Tunggu.
Tunggu.
Sampai berdengkur.


Sabtu. Jam dua tiga puluh pagi. Anuar atas katil single. Sedang nyenyak tidur. Kerana jam dua belas tengahari nanti dia mahu keluar tengok wayang cerita Kepala Putus. Untuk seorang.