Raya.

kepada hati hati yang telah dicemari
lontaran kata yang tak disedari
jari ini aku susun ampun
dan
maaf
dari hujung rambut
hingga hujung kaki
ikhlas dari hati.

selamat hari raya aidilfitri.

Kepuasan.

Sebenarnya, pasti ada sebab yang membuatkan kau berlegar tanpa arah dan memekik melolong dengan kata-kata kosong dan membohong dengan tujuan menjatuhkan seseorang individu itu menggunakan pengikut setia kau yang sedang nyenyak bermimpi bersama sepuluh yang lain mengatakan kau itulah dewa mereka. Ya, dewa yang sedang meraba-raba sesuatu mencari ukiran yang diukir oleh individu kedua yang sekarang ini sedang mengawal seratus peratus nikmat tubuh kau. Dan ya, selama ini yang kau cari tapi sehingga kini masih lagi tercari-cari ialah, kepuasan.

Peluk Tubuh.

kau berdiri dalam kekecewaan
kau mengukir halus liuk lentuknya
kau sedar ini mimpi yang sedang berpeluk tubuh
tapi kau abaikan
kau himpunkan seketul air liur warnanya hijau
dan kau campakkan
kerana ego yang sedang kuat beradu asmara
membuatkan kau yang berada di dalam satu jasad
terbahagi dua
dengan berlainan personaliti dan hasrat.

Subuh.

sayup suara azan berkumandang
dari hujung kampung
melalui lubang lubang kecil
tingkap separuh buka
kipas ligat pusingannya
dan bersemadi di liang liang roma
untuk memulakan hari baru
hari yang aku sendiri mencari arah mana hendak aku tuju
ya, perancangan bagi aku
ialah sebuah kemusnahan diri aku
kemusnahan yang berpanjangan
meliuk lentuk dalam kotak akal fikiran
aku ini manusia yang gagal dalam sebuah perancangan
seorang jantan barai terbengkalai
yang hanya tahu menulis puisi puisi cinta tak beritma
kokokan ayam mula aku dengar
degupan jantung makin laju
darah makin kotor dek campuran tar dan nikotin
bersarang dan menyempitkan ruang ruang pernafasan
jantung makin berkocak
matahari bakal terpacak
apa bakal jadi pada hamba Mu ini
untuk ini hari ya Tuhan
suara azan makin pudar
dan jauh dari pendengaran.

pagi ini, kokokan ayam tidak aku endahkan
mata mula layu bersama bisikan syaitan
dan pagi ini, aku tidur berpelukan dosa
yang semakin hari menuju kehancuran.

Sayup.

libasan kau ini kali
bikin aku tenang
libasan kau malam ini
terasa aku ingin terbang
ludahan kau bulan ini
aku lihat nama aku terpampang
coretan kau hari ini
seolah-olah aku ini seorang yang malang
parut baru ukiran tangan kau ini
aku rasa aku tak perlu berlari lintang-pukang
kerana tahu sahaja kau
dan aku sendiri
aku masih belasan
sedang belajar untuk mengenali
dan kau yang sedang selesa dengan puluhan
terus sahaja dengan kepandaian tidak berperi.

Hai Awak.

dia suruh aku move on
aku kata memang aku dah move on
tapi dia kata aku tipu
aku tanya sebab apa
alasan dia kerana aku mesej dia sekali dalam 84 minggu
aku kata butoh apa
dia kata ya
aku kata jangan kacau kawan aku
dia jawab kawan kau kawan kau kawan aku kawan aku
aku kata cermin pussy dulu
dia jawab sudah
aku kata lihat keliling
dia jawab sudah
aku tanya perasan apa apa?
dia jawab tidak
aku kata sebab kau dungu.

Dot.

malam ini kau tumbangkan
satu persatu ke-ego-an
yang selama ini aku tahankan
yang selama ini aku pendamkan
yang selama ini aku tinggalkan
walau berat aku memikul
berbaku bakul
kau musnah jahamkan
hanya dengan satu malam yang sial
dan bebal
mahu aku meraung tapi apa guna
mahu aku maki tapi apa puncanya
atas sebab apa.

malam ini
kau telah muntah kan
segala memori yang paling pahit
yang pernah aku simpan bawah telur
yang aku ingin simpan hingga ke kubur
tapi dalam masa dua saat
malam ini
kau telah tumpahkan
permata paling bernilai.

Suara.

suara
suara
suara
suara
suara kamu itu bukan sebuah kebencian
bukan air ludahan
tapi sebuah rasa
diulit ke-ego-an.

Kakaprwn.

malam ni bulan mati
bintang pengsan
angin kadang ada kadang lenyap
tapi aku tetap
tersenyum
tengok kau kat sebelah
yang lena atas lengan besar aku.

kisah kita tak perlukan bunga ros merah
mahupun duit melimpah ruah
hanya sebotol wiski murah
dan sekotak rokok tak berjenama
sudah cukup
untuk meraikan cinta ini.

aku harap
walaupun kentut aku bau cirit sebulan
hidung kau akan tetap kata
kentut akulah paling berharga
dari sebiji Mini Cooper.

Koka Kola.

aku jalan tanpa sedar
sendiri
tanpa sedar
mungkin jasad sedang lena
dikamar tak berbau syurga.

Gantung.

pekat malam menyinsing
singgah sekejap
berlaku
dan ia selesai
darah darah mengalir
membasahkan nadi
bermandikan urat
menceraikan rasa
memusnahkan bisa
retak seribu kali
hentak berkali kali
rentak tidak berlagu
otak tak berdenyut
matinya hati
musnahnya rasa
sebuah rasa yang berbisa
berkeliaran virus cinta berleluasa
menikam
tertusuk
merejam
tanpa dibentuk
bangkai terbiar
terbakar seluruh
jasad melilau
terbengkalai tanpa disentuh
diam
sunyi sepi
irama terhenti
denyutan tak berbunyi
hari ini aku mati
dalam pelukan berbisa
diselimuti roh tak berdosa
bertemankan radio tak bernyawa
berbantalkan keras jantung sang betina
bertilamkan badan jalang paling celaka
meratah seribu kali puas
kenyang tak berbalas
dan aku masih
tergantung disini
ditempat paling tinggi.

Cahaya.

saat kau buka mata itu perlahan
kau sudah tahu akan ada cahaya
bila kau sudah ada pertunjuk jalan
pergi, bukan berdiri ternganga.

Nyaring.

aku baring
kipas berpusing
otak runsing
malam ini sunyi
sunyi yang nyaring.

Kitar Semula.

aku cuba bakar
daun daun kering
tapi
api tak mahu jilat
dalam sesaat dua berlalu
aku terpaku
kelu
otak mencair
cecair yang berlendir
dan busuk yang hanyir.

Dalam.

duri dalam daging
kalau boleh keluar cukup enak
tapi untuk ini drama
duri akan tertanam di tempat paling dalam.

Hujan.

bunyi titis titis hujan
mengingatkaan aku
manis senyum engkau
comel gelak engkau
tinggi imaginasi engkau
walaupun itu semua biasa
bagi sesetengah orang
tapi bagi aku
itu yang istimewa tentang engkau.

Kelibat.

dari mana dia datang
tempat itu jugalah aku letaknya kembali
hari ini dia hilang
harap tak muncul kelibat itu lagi.

Maaf.

Maaf,
mungkin aku salah
tidak nampak di mata sedar
hilang dalam silau cahaya
sesat dalam perjalanan cerita.

Maaf,
aku tidak mampu untuk simpan
dendam dihati berkurun lama
kerana aku tahu
itu semua tidak membawa aku kemana
tidak juga membawa aku ke syurga.

Hilang Punca.

hilang punca
menikam jiwa yang tak berdosa
mengintai langit alam semesta
bergelak tawa dalam duka
aku surrender
kali ini
biar saja
hati besuara.

Wayang Rabak #2


Jemput datang ramai ramai. Warga Ipoh dan di luar kawasan, Kita memeriahkan lagi acara ini! Huuu yeah!

Maka Ingatlah.

sepuluh ribu
atau lebih
nyawa melayang
dalam sekelip mata
dalam bergelak tawa
dalam kesibukan kota
dalam mengejar harta
dalam usia muda
dalam sesaat dua.

TAPP!!

berubah segalanya
lenyap tanpa di duga
lunyai tidak terkata
hilang susunan untuk berbahasa
tergamam buat seketika.

maka ingatlah
maka ingatlah.

Pantas.

Bila tuduhan itu di buat secara melulu
Seperti peluru laju
Aku tidak punyai alasan
Untuk kabur dari mata kelabu.

Temah Dan Efek 20 Minit.

Selepas kejadian yang berlaku 20 minit lepas, baru Temah sedar sebelum ini ruang itu memang silap. Saiz itu silap. Cempuran teh o ais dengan laici memang tak sedap. Bahan bahan untuk membuat speghetti terpesong jauh. Yang jadi bukan spaghetti, tapi mee. Burger rempit di hujung bahu jalan sebenarnya roti john, bukan burger. Burung burung mati di baham Airbus a320. Makcik makcik dipasar sibuk menjual gosip. Rokok dibiar hangus tanpa peduli. Hujan renyai petang itu.

Selepas kejadian yang berlaku 20 minit lepas, baru Temah sedar hatinya di salah hantar oleh posmen yang baru start bekerja hari ini.

Mesin Pengendap.


Setiap kali dia terbatuk batuk hingga membolehkan gelas itu pecah, segera dia mengambil pen dan kertas. Menulis puisi puisi cinta atau jika punyai masa lebih dan tak mengantuk, dia akan menulis cerpen cinta. Hanya untuk membuatkan batuknya kembali reda.

Mentos Lemon.


Memang selalunya begini. Sejarah sial cerita hitam lama seringkali datang dalam gelap bila kau lupa untuk bukak lampu bilik waktu kau nak tidur sebab kau dah terperangkap dalam satu ruang tak bernama dan sewaktu kau di dalam ruang tak bernama itu kau diikat ketat tak bertali namum susah untuk kau meloloskan diri ke satu lagi ruang yang bercahaya terang. Dan ya, selalunya memang begitu.

Kaki Kiri.


Tipah bangun pagi itu dan dia sedar teman lelaki dia dah takda kat sebelah. Tipah cari kat dapur takda, toilet pun takda. Tipah try call, tapi tak dapat. Kemudian Tipah sedar ada nota yang di lekat kat tv. Dan nota tu kata..

'malam tadi aku saja merobek hati kau.
aku dapati hati kau dah busuk dan berulat.
aku rasa tak boleh ganti baru dah kot. sebab aku nak pegang pun geli'


Tiba tiba blackberry Tipah berbunyi. Mesej. Tipah bukak, dan mesej tu kata..

'good morning baby!
i dah bangun. hehe. you dah bangun?
boyfriend you ada rumah lagi eh?'

Tipah diam. Terpaku. Macam lidah dikerat habis!

Never.


Aku nampak kau. Berdiri di tengah tengah lalang saat matahari terbenam petang itu. Aku memerhati kau dari jauh. Dan aku lihat senyum kau masih sama. Gerak tubuh kau tak berubah. Potongan rambut yang tak pernah melepasi bahu. Berat badan yang dulu masih lagi begitu.

Aku mengambil langkah untuk mendekatkan diri. Tapi kau semakin jauh. Seiring bersama saat matahri terbenam petang itu. Kemudian perlahan badan kau mulai hancur. Seperti pasir pantai halus, lalu ia berterbangan di awan yang semakin gelap tanpa angin. Belum sempat aku membuka mulut, kau lenyap. Dan matahari pun selamat tidur.

Malam itu, angin bertiup kencang. Menanti hujan yang tak pasti.

Membabi Buta.


Dia pergi pada musim panas dan hujan tak menentu
Bersama roti Gardenia
Yang disimpan berjuta tahun dahulu.

Wayang Rabak.


Jemput datang ramai ramai. Kita bersantai sambil hisap rokok minum coke kunyah kacang.

Dendam.


dalam gelap itu kau kata
dalam keadaan mabuk itu kau kata
dalam gembira yang kau cipta itu kau kata
dalam cinta teguh berbunga itu kau kata
dalam ego tinggi melangit itu kau kata
dalam ketawa menangis itu kau kata
dalam tubuh tegak bersedia itu kau kata
aku kau ludah
aku kau caci
aku kau sumpah
aku kau tolak
aku kau kata pijak
aku kau fuck
aku kau gelak
aku kau sepak
aku kau cincang
aku kau meluat
aku kau dendam
aku kau geli
tapi aku tahu sayang
itu hanya topeng kau yang berkata kata
hanya topeng dimana coraknya bukan dilukis oleh orang seni
corak itu palsu
boleh ditiru
boleh diciplak
kau sekarang bukan kau
kau sekarang bukan kau
kau sekarang bukan kau
kau terperangkap
dalam sebuah cerita dendam lama
sebuah cerita yang tidak pernah ditulis bagaimana akhirnya
kau tak kenal aku
kau tak rasa manis kulit aku
kau tak tahu apa aku tahu
kerana kau bukan siapa siapa
kerana kau sama juga seperti semua
cuma
kau sempurna
bedasarkan ujikaji kau sendiri
dan
kau raikan ia seorang diri.

Sedia.


dia datang lagi malam ini
dengan sejumlah bala tentera gajah
bersama senjata garang setiap satu
bersama alasan kukuh enggan mengalah
bersedia mahu menakluk
setiap inci urat saraf yang hidup
dan
mahu mematikan suis jantung.

aku bersedia.

kenapa Tidak Kau.


Jika aku mampu berjalan
tanpa seluar jeans lusuh itu
lagi, kenapa tidak kau. Kan?

Dua Dunia.

Si Lelaki:

berlalu bersama muatan paling merbahaya yang dikendong berat tambah pula kisah dongeng yang diserap masuk melalui terowong kecil bawah tanah yang penuh dengan sampah sarap dan roti roti berkrim yang tarikh luputnya mula berlegar dan bau hanyir air longkang yang dia hidu hingga tersumbat lubang hidung yang mengakibatkan bulu bulu hidungnya gugur kesemuanya dan mati.

Si Perempuan:

hanya duduk dikerusi mahal dibalkoni disalah sebuah pulau yang paling cantik bersama Blackberry dan ber-tweett tweett dicampur dengan angin manis lembut meniup sayup hingga hampir membuatkan dia horny setengah mati dengan bikini terlentang sambil minum oren jus paling sedap didunia tanpa iringan lagu White Horse dari Taylor Swift.


*mereka pernah bersama. dulu.

Kelibat.

aku lihat dia

kelibat dia

kelibat yang berlalu laju berlari
sambil
menangis.

kenapa?
kenapa dia menangis?


bunyi tangisan itu semakin jauh.

Bersiul Tak Berlagu.

bilik.

seorang.

cahaya lilin.

teguk coke dengan wiski
bebel bebel bebel
sampai darah gusi
kata kata bersepah
muntah dari hati
rugi rugi rugi
kau tak ada disebelah
saat kau mahu penjelasan dari hati.

Noti.

Hujan lebat
guruh kuat
angin menyengat.

Sejuk.

Hati aku tergerak
untuk
menyelinap masuk kamarmu
dan
tidur menemanimu
dibawah selimut manja.

hehe.

Biar.

biar air itu mengalir mengikut alurnya
biar lirik itu beralun mengikut lagunya
biar rokok dibakar dengan sempurnanya
biar layang layang itu bermain dengan anginnya
biar baju itu muat pada badannya
biar kereta itu selesa dengan pemandunya
biar hujan itu turun dengan lebatnya
biar sepi itu diam bersama hatinya
biar jauh itu tapi dekat padanya
biar mimpi itu berseloka dengan angan angannya
biar minda dengan imaginasinya
biar berdiri dengan segaknya
biar kekosongan itu diisi dengan ubatnya
biar nikotin itu bersarang dengan baiknya
biar rindu itu berlalu dengan tenangnya
biar dendam itu dengan dendamnya

biar

biar.

Petang Itu Bersama Soalan Diam.

ditaman hijau kekuningan
kau dan aku
berpegangan tangan
walaupun basah air masin peluh mengalir
hatiku kau ratah
dengan senyuman yang tak pernah menghampakan itu
gigi putih yang hancur susunannya
bersama cekak reben merah melekat dikepala
lalu kau bertanya

adakah aku yang terakhir
atau akan ada yang seterusnya?

Malam Ini Akanku Selimuti Tubuh Bergetahmu.

malam ini akanku selimuti tubuh bergetahmu
meratah menjilat dari situ ke hujung
berkongsi mimpi diranjang satu
menikmati kenikmatan dalam pekat malam berembun
tanpa bintang dan bulan mengambang
suara halus lembut kau mengerang
anjing liar bersiul garang
kucing nakal bergaduh riang.

Grrrrr..

malam ini, kau milikku
dan sampai akhir usiaku.