Si Budak Dan Si Dia

Lihat dia
Dia pernah kata dia sunyi
Seorang dan tiada siapa peduli
Ramai ingin mendekati
Tetapi ramai juga yang lari
Tiba tiba seorang budak hadir dalam dirinya
Budak itu mencuri hatinya
Budak itu mewarnai harinya
Budak itu buat dia ketawa
Budak itu buat dia tersenyum
Budak itu mengisi kekosongan hidupnya
Gelang yang dibuat oleh dia
Dibagi kepada budak itu
Tanda kawan atau lebih dari itu
Tapi lama kelamaan gelak tawa semakin lenyap
Warna warni bertukar hitam
Dia hilang
Dia dirampas
Dia diculik
Dia diam
Dia membisu
Dia bagi harapan yang tinggi kepada budak itu
Dia pernah bilang "jangan pergi jauh dari aku, aku sunyi"
Kini, hanya gelang yang diberi menjadi pengubat rindu
Air mata mengalir
Budak itu keseorangan
Budak itu sedih
Budak itu tidak mampu senyum
Dia terus pergi tanpa sebarang kata.

Otak Berat

Aku rasa kosong
Aku rasa terkongkong
Aku rasa geli
Aku rasa bosan
Aku rasa bodoh
Aku rasa palat
Aku rasa rimas
Aku rasa lemas
Aku rasa meluat
Tak sabar menunggu sekolah berakhir
Tak sabar menunggu hari kebebasan
Aku ingin pergi jauh
Pergi jauh dari segala kekusutan
Pergi jauh dari orang yang tersayang
Jauh, sangat jauh
Aku tidak ada apa apa ibu
Aku tidak seperti anak anak yang lain
Aku bodoh
Aku kosong
Aku benak
Aku tengin
Akulah segala galanya
Jadi jangan mengharap aku jadi yang terbaik
Jadi jangan paksa aku untuk menjadi apa yang aku ludah
"ibu tak nampak pun along study"
"aku study siang malam dalam bilik, ada ibu masuk bilik along?!
ada ibu tengok apa yang along baca, apa yang along tulis?!"
hati melawan tapi bibir tak terbuka
Jangan cakap sebab nak tunjuk yang kau amik kesah pasal aku
Aku sedar aku siapa
Tak lama lagi kau tidak akan melihat muka ini lagi
Muka ini akan pergi jauh
Mengejar apa yang dikejar
Bukan mengejar apa yang di paksa.

Hari Ini

Hari ini merupakan hari yang paling istimewa bagi aku
Hari ini hari aku
Hari ini dunia milik aku
Hari ini aku akan senyum sepanjang masa
Hari ini aku akan buat apa saja yang aku suka
Hari ini aku akan kosongkan otak dan hanya memikirkan dia
Kerana hari ini sudah 1tahun 4bulan aku bersama dia :)
I Love You.

Malam Mulut Tak Henti Bercakap.

Malam itu, aku terasa malam itu sungguh meriah. Tapi aku tak dapat mencari apa sebabnya. Aku dan rakan mahu ke Bodysuf Music, jamming. Aku pergi bersama Cheng. Menaiki motor milik abangnya. Kami bertolak dari rumah kira kira jam 9.50pm dan tiba disana pada pukul 10.15. Benda first yang menarik perhatian aku sebaik saja sampai ialah kedai burger yang baru di buka yang terletak di bawah Bodysurf tu. Cheng meletakkan motor milik abangnya itu berhampiran kedai burger itu.

"hello, ha ayam kau kat mana? aku ngan cheng dah sampai" Aku menelefon seorang lagi kawan kami, Raff. Otw katanya -_-

"baru bukak ke bang kedai burger?" Cheng bertanya soalan yang agak tak masuk akal kepada abg buger itu. haha. Abg burger hanya mengangguk.

"kedai tutup pukul berapa bang?" Cheng bertanya lagi.

Aku sibuk mencari lighter di dalam beg untuk 'menyalakan' rokok.

"ehh lama. Pukul 1.00am, 2.00am tutup ah" Abg buger mula membuka mulut.

"kalau macam tu abang boleh a tengok2 kan motor saya eh?" Cheng membalas.

"owkeh takda hal lah. ha, tengah tunggu member eh? meh a lepak sini dulu. aku nak tanya soalan2 tentang manusia kat korang ni." Aku pandang Cheng, Cheng pandang Aku. Last2 ktorg duduk je la.

Dia memulakan sesi pada malam itu.

"kau umur berapa?" soalan diaju kat aku

"17"

"ha, kau plak?"

"18 (menipu)"

"ok bagus. korang ada mak?"

Kami hanya mengagguk

"ok contoh la kan. contoh eh. contah a mak korang langsung tak pernah suruh korang solat daripada kecik sampai la sekarang, kalau korang tak tau solat sekarang ni, salah siapa?"

Aku dan Cheng agak terkejut dengan cara dia memulakan sesi perkenalan.

"mak" Cheng jawab

"ha, mak kan? betul tu. ok, kalau la mak korang isap rokok dalam rumah, bawak arak masuk rumah. kalau korang besar nnt pun buat benda yang sama. salah siapa?"

"mak" Cheng jawab lagi

"ha, salah mak. kali ni soalan sempoi punya abg nak tanya. kalau mak kita janda kan. then dapat plak bf baru. bila bf baru dia ada, kau tak dilayan seperti anak. kau berlapar dari pagi ke malam. yang mak kau sibul jual puk* kat bf dia. tu ke yang dikatakan mak?"

Aku menggeleng.

"ha, tu bukan mak, tu pukimak kan?"

Kami hanya tertawa kecil.

Tiba tiba Raff muncul memotong sesi kami bersama abg burger. Kami salam abg burger yang dari awal tadi tidak memberi tahu namanya itu, lalu terus naik ke atas. Sewaktu aku berada di dalam studio aku terfikir, ada betul jugak apa yang diperkatakan oleh abg burger itu tadi. Tapi sampai sekarang aku masih berfikir, cerita tu untuk siapa? tentang siapa yang dia ceritakan? diri dia kah? Hmmm.

Cerita Seorang Budak

15hb July 1992. Saat dimana matahari ingin keluar dari tempat persembunyiannya. 11.27am, lahirnya seorang bayi lelaki yang pertama kalinya melihat dunia. Dengan tangisan, senyuman manis tanda bahagia terukir pada wajah si ibu. Bersyukur anak sulungnya lahir dengan begitu sempurna. Bayi kecil itu sangat comel. Dia dikelilingi oleh para manusia manusia yang teruja apabila melihatnya. Dia seperti seorang rockstar. Hari semakin hari bayi kecil tu semakin membesar. Dan kini berusia 17tahun dan sudah tumbuh bulu. Nak dikatakan pandai, tidak dalam pelajaran. Nak dikatakan banyak bercakap, dia lebih selesa tersengih apabila soalan diaju, agak pemalu orang nya. Dia suka bersendiri didalam kamar kecilnya. Dia pernah dipanggil anak dara. Dia pernah dikatakan sombong. Dia pernah di perli oleh ahli keluarganya. Dia juga pernah dituduh menghisap dadah.

"kamu ni kenapa bodoh sangat eh? benda macam tu pun tak boleh buat?!" tengking si pakcik.

Tahukah kamu kenapa dia lebih suka bersendiri di dalam kamar kecilnya? Tahukah kamu apa yang dikata kata hatinya? Pernahkah kamu tanya apa sebenarnya masalahnya? Pernahkah kamu ambil berat tentang dirinya? Dia sedang menulis. Ya, dia sedang menulis di dalam kamar kecilnya. Menulis apa yang tersirat. Menulis ketika diri dalam kesedihan. Menulis apa yang terjadi saban hari. Menulis tentang kenapa diri tak dihargai. Sewaktu dia kecil kamu berebut rebut mahu mendukungnya. Sewaktu dia kecil kamu panggil dia sayang. Tetapi sayang itu mula hilang sedikit demi sedikit dari gegendang telinganya. Dia bertanya kepada diri

"kenapa aku dilayan macam ni?"
"kenapa mereka susah nak faham aku?"
"kenapa aku disini? kenapa!?"

Dia pernah melakukan kesilapan kecil, tersebar dengan cepat tak sampai 24jam. Tapi bila kamu melakukan kesilapan, kamu diam, menyorok di balik belakang pintu barai. Kamu ingin dia menjadi yang terbaik, tapi pernahkah kamu tanya apa yang terbaik untuknya? Kamu menyuruhnya menjadi Engineer, Pilot dan sebagainya, tapi pernahkah kamu bertanya apa yang dia minat, apa cita citanya? Kamu hanya bagi dia tekanan. Kamu hanya bagi dia harapan palsu. Kamu lontarkan sindiran sindiran yang tak berguna. Sekarang, dia disini. Ya, dia disini. Dia sedang bercerita. Dia sedang menulis. Dia sedang bercakap. Dia sedang mengeluarkan apa yang ada di dalam. Ya, bayi lelaki itu adalah aku.

Aku tak kesah

Taknak kawan aku? kau boleh pegi mampos. Aku tak kesah.
Taknak kawan aku? kau boleh blah. Aku tak kesah.
Taknak kawan aku? kau pegi cari kawan yang lagi baik dari aku. Aku tak kesah.
Taknak kawan aku? kau duduk diam diam jangan cakap belakang.
Taknak kawan aku? ingat, si bangsat ni yang banyak tolong kau.
Taknak kawan aku? ingat, si bangsat ni la yang banyak bagi kau nasihat.
Taknak kawan aku? ingat, si bangsat ni la yang teman kau bila kau kesunyian.
Aku tak mati kalau kau takda.
Terima kasih atas segala jasa dan khidmat mu, 'berlapis'.

A

Kau datang
Kau kata dia cantik
Dialah segala galanya
Kau petik bunga itu
Kau cium bau wangi bunga itu
Kau sayang bagai nak mati pada bunga itu
Kau keluarkan air pada bunga itu
Lama kelamaan kau mula bosan. Muak
Tak endah pada bunga itu lagi
Hidung tidak melekat menghirup bau wanginya lagi
Tak mengucap selamat pagi kepadanya lagi
Kau tolak dia sejauh jauhnya
Kau koyakkannya satu persatu
Dia menangis
Dia semakin mengecut. Lemas
Kau memang tak guna bangsat!

Pada suatu hari..

Petang mendung yang berangin. Aku tengah jalan jalan naik motor dengan kawan baik aku, Ajeeboon. Ktorg takda hala tuju. hee. Tengah asyik aku nyanyi nyanyi kat atas moto tu, tiba tiba aku nampak la sebuah keluarga tengah dok 'lepak' kat tepi jalan, menaiki motor yang agak uzur.
Hanya si ayah, dan 3 orang anak kecil nya. Dalam lingkungan darjah, tadika laa. Sorang lelaki, dua perempuan. Memakai pakaian yang agak hmmm. Aku tersentuh bila melihat si ayah membelikan ais krim untuk anak anak dia sorang satu and diorang nampak happy gila dapat makan ais krim tu. Walaupun tak dapat Pizza Hut, KFC, McD macam korang. Diorang still tersenyum, bergelak tawa. Aku percaya, si ayah itu mesti bekerja keras siang malam untuk bagi anak anak dia happy. Biarlah diri dia selekeh sekalipun, janji dia dapat melihat senyuman yang terukir manis di wajah anak anak nya itu :)
*yang si ajeeb duk membebel sorang2 haha

Salin Kulit

Dunia semakin hari semakin barai
Cahaya matahari terus memancar tajam membakar kulit
Bencana alam datang tak di undang
Banggunan menyentuh langit biru lenyap dalam sekelip mata
Air mata seorang ibu menitis ke bumi mencari permata yang hilang
Air mata manusia manusia membanjiri seluruh pekan
Tertanya tanya apa yang sedang berlaku
Anak kecil berteriak tidak kelihatan lagi hero dan heroin mereka
Kematin orang yang tidak berdosa
Punca daripada si jalang jalang yang tak berguna
Lupa Tuhan melihat
Dia sangat marah dengan kita
Berpesta ke pagi botol berkelimpangan
Kemaluan di jual dengan harga yang murah
Buka mata, salin baju
Jangan di jatuhkan malapetaka baru sibuk manadah tangan meminta pertolongan dariNya.

Menutup Mata

Mentari tesenyum melihat kita berdua
Burung burung turut menyanyi bersama
Angin datang menyeludup senyap
Pokok pokok segar menghijau tiada satu daun pun jatuh menyentuh tanah
Bulan bintang menari gembira keriangan
Tangan digenggam erat tak ingin sesaat pun dillepaskan
Wajah berseri terukir senyuman manis
Dan bila tiba masa diri mengikut mereka yang terbang
Wajah mu ingin ku tatap sebelum diri tidak bernyawa lagi.

Pembunuh Kejam

Jika pembunuh kejam itu datang,
Aku akan merindui dia
Aku akan merindui bunda
Aku akan merindui kawan
Aku akan merindui kalian
Aku akan merindui mereka.

Jika pembunuh kejam itu datang,
Jangan menagis, aku sentiasa memerhatimu
Jangan menagis, aku sentiasa dekat bersamamu
Jangan menagis, aku sentiasa lena bersamamu
Jangan menagis, aku sentiasa di depan matamu.

Jika pembunuh kejam itu datang,
Kau jagalah dia
Kau belailah dia
Kau temanlah dia
Kau pujuklah dia
Kau usaplah air matanya ketika ia sedang menangis.

Jika pembunuh kejam itu datang,
Jagalah diri
Buat mereka bangga
Buat dirimu bahagia
Buat diriku tersenyum
Jangan hampakan harapanku.

Jika pempunuh kejam itu datang,
Mungkin ada yang suka
Mungkin ada yang tersenyum dari jauh
Mungkin ada yang sunyi
Mungkin ada yang menangis
Mungkin ada yang terasa kehilangan ini.

Grr

Darah menggelegak
Jantung berdegup dengan laju
Bernafas seperti tak cukup hidung
Tangan digenggam menggeletar
Urat hijau mula menunjukkan muka
Raut wajah mengalahkan seekor harimau yang sedang marah
Ingin menjerit suara tidak kedengaran
Hanya hati yang memaki hamun

IBU

Diketuk pintu hingga mahu roboh
Semata ingin megejut anak itu yang sedang lena tidur pergi mencari ilmu
Tidak jemu menyuruh menunaikan perkara wajib walaupun anak itu agak liat
Pernah hampa dengan keputusan pelajaran
Pernah di tampar, di pukul tanda kasih sayang dan ingin anak itu menjadi manusia yang berguna pada masa akan datang
Pernah susah semata ingin membuat anak anak itu bergelak tawa bergembira
Pernah melalui saat jatuh bangun dan cabaran yang sangat sukar
Tetapi dia tetap tabah, kuat
Muka manis, kecik orangnya
Periang, kuat bersembang
Itulah dia Zurina bt Zambri
I Love You Ibu.

DIA

Pagi itu indah seperti biasa
Tangan meraba kesana kemari mencari handphone
Sedang mata dalam keadaan separuh terbuka, mamai
Mencicip jari untuk mesej kepada dia good morning
Kecik, pipi pau ayam, putih
Bila senyum mata mula mengecil
Pipi naik menyerlah
Dia bagai matahari di waktu pagi yang menemani
Dan bertukar menjadi bintang pada waktu malam
Hari hari perkara yang sama
Tidak pernah jemu
Mendengar masalah diselit nasihat
Jangan sesekali menipu, dia akan tahu
Marah bukan sifat nya
Pernah juga sesekali terfikir
"macam mana la aku bila tiba tiba dia sirna dari hidupku?"
"siapa aku nak mesej setiap pagi bila membuka mata?"
Mengendahkan rencaman unsur unsur negatif yang masuk dalam otak
Dialah penyeri hidup
I Love You

Cinta Bukan...

Cinta bukan seperti seluar dalam
Suka kita beli, dah buruk campak tong sampah.
Cinta bukan seperti layang layang.
Angin tiup kencang, terbangkan ia tinggi setinggi tingginya. Seronok. Geli hati.
Dan bila angin hilang, stor tempat dia disimpan.
Dan cinta bukan seperti lego.
Bina banggunan pencakar langit secantik yang amat. Bewarna warni.
Bila bosan kita roboh kan.

-cari cinta sejati. jangan mainkan perasaan orang seperti kau bermain pele kau-

1 MALAYSIA

1 Malaysia.
Apa yang korang faham pasal 1 Malaysia? Takda sikap perkauman? Tolong menolong antara satu sama lain? Hormat menghormati sesama sendiri tidak mengira warna kulit, pangkat atau darjat?
Mampukah kita melaksanakannya? Sedangkan ahli politik kita sendiri bertikam lidah sesama sendiri! Bermusuhan antara satu sama lain! Bermasam muka, cucuk belakang, semata mata ingin menunjukkan kepada kita yang mereka ingin buat sesuatu kepada Malaysia yang entah jadi entah tidak. Kita belum bersedia. Cermin diri kita. jangan sibuk mengata orang lain.

Kenapa

Sekali sekala otak kita berfikir,
kenapa aku tidak jadi seperti burung?
terbang bebas kemana saja tanpa memikirkan masalah
yang sering dihadapi saban hari.
Kadang kadang otak kita berfikir,
kenapa aku dilahirkan begini?
hidup seperti bola,
ditendang sekuat kuatnya oleh kaki kaki bangsat
terperangkap dalam kelompok yang kejam.
Tapi jarang sekali otak kita berfikir,
kenapa aku tidak di bebaskan seperti burung,
adakah aku terlalu buas dengan segala benda yang ada didunia ini?
Lupa bertanya kepada diri
kenapa ditendang oleh kaki kaki bangsat.

jangan sesekali fikir diri kita sempurna