Dalam.

duri dalam daging
kalau boleh keluar cukup enak
tapi untuk ini drama
duri akan tertanam di tempat paling dalam.

Hujan.

bunyi titis titis hujan
mengingatkaan aku
manis senyum engkau
comel gelak engkau
tinggi imaginasi engkau
walaupun itu semua biasa
bagi sesetengah orang
tapi bagi aku
itu yang istimewa tentang engkau.

Kelibat.

dari mana dia datang
tempat itu jugalah aku letaknya kembali
hari ini dia hilang
harap tak muncul kelibat itu lagi.

Maaf.

Maaf,
mungkin aku salah
tidak nampak di mata sedar
hilang dalam silau cahaya
sesat dalam perjalanan cerita.

Maaf,
aku tidak mampu untuk simpan
dendam dihati berkurun lama
kerana aku tahu
itu semua tidak membawa aku kemana
tidak juga membawa aku ke syurga.

Hilang Punca.

hilang punca
menikam jiwa yang tak berdosa
mengintai langit alam semesta
bergelak tawa dalam duka
aku surrender
kali ini
biar saja
hati besuara.

Wayang Rabak #2


Jemput datang ramai ramai. Warga Ipoh dan di luar kawasan, Kita memeriahkan lagi acara ini! Huuu yeah!

Maka Ingatlah.

sepuluh ribu
atau lebih
nyawa melayang
dalam sekelip mata
dalam bergelak tawa
dalam kesibukan kota
dalam mengejar harta
dalam usia muda
dalam sesaat dua.

TAPP!!

berubah segalanya
lenyap tanpa di duga
lunyai tidak terkata
hilang susunan untuk berbahasa
tergamam buat seketika.

maka ingatlah
maka ingatlah.

Pantas.

Bila tuduhan itu di buat secara melulu
Seperti peluru laju
Aku tidak punyai alasan
Untuk kabur dari mata kelabu.

Temah Dan Efek 20 Minit.

Selepas kejadian yang berlaku 20 minit lepas, baru Temah sedar sebelum ini ruang itu memang silap. Saiz itu silap. Cempuran teh o ais dengan laici memang tak sedap. Bahan bahan untuk membuat speghetti terpesong jauh. Yang jadi bukan spaghetti, tapi mee. Burger rempit di hujung bahu jalan sebenarnya roti john, bukan burger. Burung burung mati di baham Airbus a320. Makcik makcik dipasar sibuk menjual gosip. Rokok dibiar hangus tanpa peduli. Hujan renyai petang itu.

Selepas kejadian yang berlaku 20 minit lepas, baru Temah sedar hatinya di salah hantar oleh posmen yang baru start bekerja hari ini.

Mesin Pengendap.


Setiap kali dia terbatuk batuk hingga membolehkan gelas itu pecah, segera dia mengambil pen dan kertas. Menulis puisi puisi cinta atau jika punyai masa lebih dan tak mengantuk, dia akan menulis cerpen cinta. Hanya untuk membuatkan batuknya kembali reda.

Mentos Lemon.


Memang selalunya begini. Sejarah sial cerita hitam lama seringkali datang dalam gelap bila kau lupa untuk bukak lampu bilik waktu kau nak tidur sebab kau dah terperangkap dalam satu ruang tak bernama dan sewaktu kau di dalam ruang tak bernama itu kau diikat ketat tak bertali namum susah untuk kau meloloskan diri ke satu lagi ruang yang bercahaya terang. Dan ya, selalunya memang begitu.