Jasad Mana?

jiwa kental mat gagah
kini
hancur musnah
dengan percikan darah darah kecewa
dan wajah wajah yang terluka
terlalu banyak hati hancur ditoreh
meleleh bila pecahnya urat kasih
rasa tercalit seribu satu kesakitan
yang terlampau pedih
sayang kini pudar
cinta hanya dulu aku sedar
aku mula merasa sentuhan dunia sebenar
dan aku begini
terbengkalai kering
longlai tidak bermaya
hancur luluh tubuh tubuh dulunya keras
pedas kini menewaskan
satu rasa

---

dimana ketika itu ia sedang sibuk mengembang, terbang.

Surat Bawah Bantal Untuk Ibu.

Maaf ibu, anakmu ini mungkin bukan anak yang baik. Pelajaran kebawah, bajet diri tinggi, melawan cakap, selalu buat malu.

Terasa kecil bila saudara mara bersembang pasal anak anak mereka yang bakal jadi doktor, pilot dan sebagainya. Anakmu ini? apapuntara.

Tapi tahu saja, anakmu ini sangat sayang akan ibunya yang telah bersusah payah membesarkannya sejak dari kecil hingga ada janggut seperti sekarang. Telah banyak ibu lalui untuk membersarkan along. Ibu kuat. Along tahu. Along takda hero untuk dibanggakan. Tapi along ada seorang wanita yang selalu sorok air matanya dan hanya senyum didepan anak anaknya.

Along harap Hazim, Qasyah dapat buat ibu senyum bangga bila mereka besar nanti. Sebab along tak mampu nak buat ibu senyum kerana along tak bagi apa yang ibu inginkan. Pandai, menjadi CEO paling kacak satu hari nanti, boleh bangga dengan saudara mara. Tapi benda tu tak jadi. Along tahu ibu sedih. Along cuba bu, tapi kita tak boleh paksa apa yang kita tak suka untuk dijadikan hobi, betul?

Along harap, ibu ada kat belakang untuk sokong dengan apa yang along buat. Walaupun gaji tidak mencecah puluhan ribu. Hanya kereta lama tidak berhawa dingin.

Tapi, along akan bagi ibu cucu perempuan yang comel macam nenek dia. Along tahu ibu mesti suka :)


I Love You.

Kain Kanvas Putih.

Seperti kain kanvas putih. Memang secara am nya engkau melihat ia bewarna putih. Hanya putih. Kosong dan tiada apa. Itu bagi orang yang melihat tidak menggunakan mata hati. Ok, cuba engkau lihat menggunakan jiwa dan tambah sedikit ikhlas. Aku rasa itu lebih jujur. Dari sudut itu engkau akan dapat lihat betapa warna warninya kain yang mati tadi hidup disebalik 'putih'nya.

Engkau, aku, dia ,mereka, semua. Semua pun punyai rasa dan jiwa - walaupun seorang pelacur atau penagih dadah. Cuma yang membezakan kita dari mereka, dia dan lain lain ialah bagaimana mahu mengawal dan mengimbangkan antara rasa itu dan jiwa ini. Rasa ialah lebih kepada 'mengagak'. Cara kita melihat luaran seseorang itu dan kritik. Hanya memerhati dari jauh. Tanpa jiwa. Hanya rasa rasa.


"tengok pakcik tu, serabai habis. jambang tak pernah nak cukur. baju koyak. gigi..euwww. aku RASA dia gila la.."


Itu rasa. Jika dijiwai mungkin kau akan pergi ke arah pakcik itu dan bertanya mengapa dia mengutip tin tin kosong di celah celah longkang dan tong sampah yang busuk di sekitar pekan di saat matahari terpacak dan menjerit. Dan jawapan yang engkau akan dapat pasti jauh berbeza dengan apa yang kau rasa tadi.

Jangan lihat dari mata kasar. Cuba mendalami dan memahami apa yang terkandung di dalam. Kerana aku lihat orang kita selalunya begitulah.



*ini untuk Puteri. Yang dimana masyarakat berlagak matang dan berilmu tinggi sering berkata dia rosak dengan cara pemakaian.

Tajuk Tengahari Ini.

Aku suka membincangkan tentang topik topik pasal kehidupan, kemanusiaan dan cinta. Bukan otak aku terlalu kecil untuk memikirkan perihal dunia sekarang. Tapi tu lah. Kau keluar duit, bersuara melantangkan kata kata demokrasi, undi sana sini, gantung bendera itu ini. Akhirnya? Apa jadi? Longkang tetap sebesar itu. Hujan, banjir melampau, baru gelabah tunjuk muka masuk Buletin Utama. Biarlah. Biarlah mereka dengan agenda mereka masing masing.

Aku lebih berminat melihat gelagat manusia, komunikasi antara kaum yang berbeza, macam mana nak control jiwa jiwa yang terbengkalai dan bermacam lagi. Pernah dalam suatu keadaan, aku gelap. Entah aku bermimpi atau mainan imaginasi yang dikawal sekumpulan minda kecil atau apa. Aku juga pernah menjadi mangsa bualan topik gosip gosip sensasi selain Fasha Sandha. Dari kawan yang tak pernah aku kenal (kawan ke?) sehingga ke darah daging. Aku itu aku ini tak betul itu tak betul ini.

Tak dinafikan, pada satu pekat malam yang sunyi menyepi. Aku pernah menghantar surat kepada Tuhan, yang isi nya bertulis, "yaTuhan, aku masih kecil pada saat ini. Dugaan yang kau beri padaku sangatlah besar. Aku sakit. Ambillah nyawaku malam ini". Aku tahu sesuatu yang bodoh bila mengalah dalam peperangan yang belum tamat. Aku tahu itu dosa dan aku tahu bukan aku seorang saja yang menerima dugaan dariNya. Aku redha.

Kita ini semua semut. Semut yang hanya tahu berlegar di dunia yang kita sendiri tidak sedar atau dikaburi syaitan bahawa kita hanya meminjam. Kita semua dipentas teater yang satu persatu wataknya akan mati. Tapi kita tidak dapat mengagak bila.

Kau menagis sebab kecewa, kau marah sebab dunia, kau mengalah sebab derita, kau lari sebab terpaksa.

Bagi aku, kadang kadang dunia ini tidak boleh diberi muka. Kita harus bangun dan lawan dan terus berlawan. Bagaimana pula dengan takdir? Takdir itu kau harus terima kerana jalan ceritanya sudah siap dibentangkan walaupun sesedih itu dan walaupun perit untuk dihidu.

Namakan Ini Sendiri.

Dan tibanya dia di penghujung jalan itu, dia terdiam. tanpa satu patah perkataan pun meludah dari tebal bibirnya. menoleh kebelakang. baru dia sedar yang sebelum ini rama rama yang berterbangan tadi itu cuma khayalan mainan minda semata. teriak dan bergolek di padang luas berlari bagai tiada garisan penamat dihujungnya sebentar itu tadi cuma mimpi yang takpernah dipinta. bekas gigitan cinta oleh kekasih bertukar menjadi muka syaitan merah yang ingin menerkam manusia.

Adakah hidup dan perjuangan mahupun cinta yang kamu kamu derma itu semuanya akan hilang dalam sekelip mata secara tiba tiba? ataupun kau kau semua tidak percaya kepada 'hilang'? yang hakikatnya akan tiba satu hari nanti tapi tarikhnya belum di kenal pasti bila dan dimana.

Petang ini dingin. awan yang tadinya teriak bagai bayi kehabisan susu sudah pun berhenti. lalu di dodoi oleh alunan muzik lunak oleh sang angin. aku berfikir sejenak. adakah aku yang sesat dalam peta yang ku reka sendiri atau selama ini aku hanya pura pura melukis peta pada hakikatnya kertas itu putih dan tiada apa?

Aku boleh menipu sesiapa saja didunia ini tapi mana yang benar hanya Dia sahaja yang tahu bukan?

Petang ini dingin. awan yang tadinya teriak bagai bayi kehabisan susu sudah pun berhenti. lalu...