Mengumpat

Aku lama hilang
Aku lama sesat
Aku lama cari masa untuk tenang
Aku itu aku ini aku macam itu aku macam ini
'gali itu tanah sampai tanah itu menjerit, tercirit'
Aku masih berdiri walaupun kaki tak kukuh
Masih hidup, walaupun dalam poket habuk
Mulut orang memang susah nak tutup
Tak mengapa, mereka itu sempurna
Ya
Sangat sempurna.

Imran

Imran sudah 7,917km jauh dari tempat tinggalnya. Namun, itu hanya
jasad dan 95% otaknya sahaja. Masih ada lagi 5% gumpalan kecil ingatannya
terperangkap pada kenangan masa lalu. Imran tidak mampu untuk pergi
jauh lagi. Jika ia berlaku sekalipun, 5% gumpalan kecil ingatannya itu
belum tentu dapat lenyap begitu sahaja tanpa sebarang syarat. Contohnya,
Imran perlu mencari 5% gumpalan kecil yang baharu, untuk
menggantikan 5% gumpalan kecil ingatannya yang terperangkap pada
kenangan masa lalu itu, dan membina kembali 5% gumpalan kecil yang
baharu itu menjadi sebuah kenangan yang baru dan segar. Mustahil!
Mustahil itu akan terjadi. Bukankah cinta itu tidak boleh dipilih sesuka
hati seperti ingin memilih kucing-kucing parsi dikedai haiwan untuk dibela?