Tidur.

mimpi
peluk aku erat ini malam
jadikan luka semalam
kesakitan paling riang.

Namakan Ini Sendiri.

Aku melukis. Corak yang bersih diatas sehelai kertas putih. Kemudian aku warnakan dengan warna yang ceria. Merah, kuning, ungu, hijau. Ya, hijau. Hijau ada untuk menenangkan aku bila aku gila. Hijau juga peneman aku bila tiba waktunya aku sunyi.
Aku tersenyum melihat kertas yang adanya berjuta juta kepala sedang bergelak tawa bergembira bersama teman teman mereka. Adakah senyum aku ini sekadar senyum sahaja? Atau tercalit darah lama pada luka lama pabila aku melihat kertas ini? Aku memang selalu begini. Senyum tidak pernah sampai lima minit kemudian termenung. Entah apa yang aku menungkan aku sendiri pun tidak tahu.
Kadang-kadang, ingin saja aku lari dari manusia sekeliling. Dari zombie zombie yang bertopengkan manusia. Dari segala masalah. Dari segala benda lancau yang pernah aku buat. Dari segala puki puki yang pernah aku sakitkan. Dari segala hati yang pernah aku ratah. Dari segala janji janji bodoh yang pernah aku siram pada pokok pokok segar hingga menjadi ranting tidak bernyawa! Aku bodoh kerana gagal menjadi manusia yang mulia. Aku juga gagal kerana tidak tahu bagaimana hendak mengawal perasaan dan mengikut hawa nafsu celaka.


Aku mahu mengarang satu cerita. Dan didalam cerita itu akan ku tulis setiap cerita cinta. Cerita cinta bodoh yang tidak pernah bertemu cinta sejati. Dan malam ini juga, aku akan berjalan. Kemana saja. Aku ingin mencari tahu tahu saja ada tangga untuk ke bulan. Boleh aku tidur disana.