Ops, Dia Datang Lagi.

dalam tebal asap hitam
dalam sibuk perang mengerang
dalam dentuman senapang patah
dalam beribu nyawa bersepah
dalam laju peluru meluru
dalam letupan bom pemusnah
dalam kehancuran kubu kubu
aku jumpa sebentuk hati merah
mungkin ada yang tercicir
mungkin juga jodoh sudah mendarat diKLIA

tunggu aku!
tunggu aku!

Baju Putih.

padang luas terkangkang
matahari marak
daun daun kering
pokok mati
manusia pening
bunyi bising lori
sesak konfrontasi antara musuh
dan
aku ditengah
bersama layang layang rabak
botol kaca mabuk
sisa kotor drama lama
berlari atas satu garis lurus
yang tak pernah bertanda garis penamat
mungkin aku akan terus berlari
mungkin juga aku akan menyambut ajal
diseparuh landasan itu nanti.

Funfair.

Hai si comel. Jom kita pergi funfair. Nak tak? Boleh main bumper car. Gelak gelak besar. Boleh masuk rumah hantu. Jerit jerit kuat. Boleh beli lolipop besar bulat warna warni. Semua warna yang awak suka semua ada kat lolipop tu. Hehe. Boleh main game tiup itik sampai hujung, siapa kalah kena simbah. Best kan? Tapi sayang, awak patung yang hanya tahu senyum. Haih.

Rasa.

tarik tali tak putus
koyak baju tak rabak
kunyah gum tak luak
rasa rasa tak merasa
rasa rasa kau rasa?

lap lip.

malam ni buat aku beku
layan kalau ada
megi goreng panas
dan
teh o suam
tapi
bukan spaghetti
aku benci spaghetti.

Alia & Bulan.

Alia berdendam dengan bulan. Kerana bulan tak ada untuk Alia di malam valentine pertengahan dua bulan lepas. Alia tak ada teman lelaki. Teman Alia cuma bulan. Bulan tempat Alia mengadu. Bulan tempat Alia menangis. Bulan tempat Alia luahkan segala rasa dalam hati. Bulan tempat Alia bergembira. Bulan tempat Alia peluk bila sejuk. Dan bila bulan tiada untuk satu malam itu, Alia hilang mood. Mood untuk makan, mandi, senyum, pakai dress putih, lompat-lompat atas katil. Hilang. Tiba-tiba.

Alia sangat marahkan bulan kerana tidak muncul pada malam valentine pertengahan dua bulan lepas. Sangat marahkan. Malam valentine itu Alia make up cantik. Macam puteri. Tunggu bulan, tapi bulan tak muncul muncul. Alia menangius. Marah. Geram sangat pada malam itu.

Dan sampai ke hari ini Alia masih tak bercakap dengan bulan. Tingkap biliknya sentiasa tertutup. Tiada lagi cahaya. Semuanya suram seperti rumah lama. Setiap malam Alia menulis surat untuk bulan. Menulis apa yang terjadi padanya setiap hari. Tapi tidak pernah sekali pun Alia bagi kepada bulan untuk membaca surat suratnya itu. Alia tulis, dan menyimpannya dalam laci. Alia rindu bulan. Tapi Alia mahu bulan rasa yang Alia benci bulan.

Sejak dari peristiwa itu, tidur Alia tidak pernah nyenyak.

Melankoli.

Pernahkah kau terfikir untuk bangun dari tidur di satu pagi yang mendung itu. Gosok gigi. Buat roti telur untuk sendiri. Dan hisap rokok murah kerana gaji sangkut. Lepak dalam bilik. Baring atas katil yang cadarnya entah bila mahu ditukar. Fikir pasal kehidupan, watak untuk esok, kisah cinta bertubi tubi dan lain lain. Memang tiada penghujung dan penamatnaya. Tapi kenapa kau kau mahu juga fikirkan? Sebab bosan menunggu hujan pagi itu? ataupun gasih gadis dalam contacts handphone semua dah ada pacar? Ya, bila sunyi itu datang, muncul pula bosan. Disedapkan lagi dengan flashback hitam putih. Tapi...tiada bahagia. (flashback = sedih, rindu, penyesalan, kesilapan, kesepian) Flashback manusia manusia seperti kita bukan kebahagiaan masa lampau. Tetapi kesilapan yang telah kita buat masa lampau mengakibatkan kesedihan dan penyesalan yang datang. Bukan kebahagiaan. Itu aku. Ya, telah banyak hati aku hancurkan. musnahkan. matikan.

Dan kini, aku pula merasa apa yang mereka mereka rasa. Terima kasih pari pari suci. Kerana beri kesempatan untuk aku merasa apa yang kamu kamu rasa. Terima kasih.

Hujan dah turun. Bilik dah gelap. Aku mahu tidur dan bersedia untuk dibunuh oleh pari pari suci dalam mimpi kali ini. Mimpi yang takkan pernah aku lupa. Selamat.

Pesta.

pagi tadi aku bangkit dari tidur
tepat jam lapan
aku lihat sekeliling
hati-hati suci sudah tiada lagi
badan aku berlumuran darah darah hitam
dan
perut terasa penuh..kenyang.