Kawan, Sahabat, Kawan

kawan taik taik
kawan baik-baik
kawan cubit cubit
kawan sebab apa?
kawan sebab suka suka
kawan suka makan apa?
kawan suka makan kawan
kawan kenapa senyum?
kawan senyum saja
kawan mahu saja-saja?
kawan bukan sekubur dengan kita
kawan apa?
kawan baik
kawan sebaik mana?
kawan selagi boleh ludah
kawan mana kawan?
kawan dah mati
kawan mana kawan?
kawan dah pergi
kawan mana kawan?
kawan semua dah lari
kawan kenapa lari?
kawan ramai memang rugi
kawan sampai mana?
kawan sampai ..

Main Hati

berdebik kamu pada pelangi mati
merayu memekik kamu biar ia datang kembali
menangis kamu tidak membawa erti
kerna dia tidak pernah mengerti rasa dalam hati.

bangun kamu mengejar sang mentari pagi
bernafas kamu jangan sesekali biar mati
berdiri kamu jeritkan rasa dalam ini
biar hanya ombak mengerti apa sedang berlalu pergi.

hapuskan air matamu sayang
biar jangan ia menitis tidak berlagu
genggam kamu erat jari jemariku sayang
usah kamu lepas hingga aku lihat kamu senyum.

langit tak selalunya biru
air tak sehariannya tenang
kau sedih dapatku hidu
ini bahuku, lenalah kamu dibuai mimpi yang panjang.

Selamat Malam Puteri

dayungkan sampan ke tengah tasik
menari kita biarkan mereka mengherdik
menarilah hingga matahari mati
menarilah hingga ia pergi.

pekikkan rasa cinta ini
pekikkan supaya bumi mendengar
pekikkan biar celaka-celaka membenci
cinta kita ini terlalu tegar.

lekapkan badan mu rapat
biar malam ini ku pelukmu erat
biar sampai tertutup alis
biar angin berlalu desis.

selamat malam,
puteri.

Gelap

aku patah tangan
aku patah kaki
tengkuk aku hilang
nyamuk yang sebelum ini aku tampar ia hingga mati kini datang kembali dan membunuh aku,

Tuhan, tolong aku.

2.36am

Dunia gelap. Banggunan usang. Pokok ditebang. Siang tak kembali. Bintang hilang. Bulan bawa diri. Burung mati ditembak. Kapal terbang terhempas. Jiwa mati. Aku mati. Kau mati. Mereka mati. Dia mati. Pada awal manusia suka berjanji tapi dipenghujung kau lupa apa yang dijanji. Siang hari kau Ultraman malam hari kau rasaksa. Hari ini kau malaikat esok kau syaitan merah. Bintang ada kau romantik bintang lenyap kau kejam. Aku pernah kena tampar, aku pernah kena rotan, aku pernah kena cubit, aku pernah jatuh basikal, aku pernah jatuh motor, aku pernah patah gigi, aku pernah luka siku, aku pernah sakit otak. Semua yang aku lalui itu semuanya sakit. Ada sorang mamat ni pernah berkata padaku, "kalau kau hidup kat dunia ni, taknak rasa sakit. pergi mati. tak payah jadi manuisa". Kadang-kadang aku benci untuk sakit. Aku benci menyakitkan. Sakit buat kita menangis, sakit buat engkau marah, sakit buat kamu merajuk, sakit buat mereka berpecah, sakit buat dia mengalah, sakit buat aku mati. Apa aku rasa sekarang sangat sakit. Lukanya terlalu dalam. Sangat dalam. Susah untuk kau capai durinya. Aku benci menangis, aku tak suka merajuk, aku menyampah bila ini terjadi, kenapa la aku kena lalu jalan ni padahal jalan lain sudah siap untuk aku. Lagi cantik. Rata. Ada pokok-pokok besar. Redup. Sebaliknya pilihan aku jalan bertanah merah lembik. Sial. Celaka. Babi. Bodoh. Pantat. Cipap. Kepala butoh. Gampang. Fucker. Fuck. Kepala bapak kau. Pukimak. Bangsat!! Kadang-kadang kita pernah rasa bahagia yang sangat sekejap. Petang kau lompat keriangan. Malam kau bersedih duka. Aku sangat tak suka 'sekejap'. Aku nak cari 'selamanya', tapi.. lantak ah. Ye, kentot aku busuk. Bau petai opah kau. Kenapa, ada masalah? Kalau takda duduk kau diam-diam. Dalam ni, macam-macam rasa ada. Kau nak apa? Sakit hati? Pahit? Merah menggelegak? Panas? Pilih je. Apa, kenapa manis takda? Aku benci manis. Manis buat aku meluat. Manis buat aku nak muntah. Manis buat aku senyum macam orang gila. Manis buat aku menangis. Manis buat aku tak tentu arah. Manis buat aku jadi tak betul. Manis buat aku sakit. Dan sakit itu tak dapat nak disembuh.

Salam perkenalan Encik Pahit. Nama saya Sakit :)

Nyamuk Dalam Kepala

Otak terbalik terbelah dua
Kamu ada dua
Mata separuh buka
Aku nampak dia sedang ketawa
Lampu isyarat merah menyala
Malam ini mimpi indah dah tak datang lagi
Taman aku bina musnah sekelip mata, itu kerja gergasi
Menangis tak guna, merajuk tak siapa peduli, hati dah mati
Penatnya hamba bina jambatan emas
Dan kini hamba tahu itu kerja yang sia-sia
Peluh hamba tak siapa nampak
Yang pandai hanya mengutuk, menghina, mengata, meludah
Pernahkah tanya mengapa?
Hamba mahu bertemu dengan cinta hamba
Dia sakit, dia perlukan hamba
Tepi beri aku ruang, telinga aku bernanah
Tolong tinggal aku, aku ada kolera
Kenapa nak duduk disebelah mahu ambil tahu pasal aku wahai kepala-kepala celaka comel
Pergi kau berambus dengan hidupmu
Pergi kau mencari jalan cerita cintamu sendiri
Reka dan buat ia berbunga berbuah
Lepaskan aku, biar aku mengarang kisah cinta aku sendiri
Aku masih waras, aku masih mampu mengira satu hingga sepuluh
Jangan hulur tongkat untuk aku berjalan
Jauh, aku bukan darah daging mu
Kerana darah yang kau miliki itu busuk
Tak sanggup untuk aku hidu.

Tanpa Tajuk

Bagi aku jalan, tanpa duri, tanpa kaca tajam, tanpa air, tanpa gajah melintas, tanpa tol, tanpa kereta, tanpa kapal terbang, tanpa kereta kebal, kerana aku semak, aku tak larat. Biar jalan itu kosong bodoh.

Berhenti ganggu aku wahai ujian, aku angkat tangan, aku mahu bercerai, lepaskan aku, aku mahu terbang bebas, jangan hempap badan aku lagi, aku dah serik jadi roti canai.

Tiba masa untuk aku berkawan dengan bidadari, tiba saat pari-pari menjelma, aku mahu senyum, aku mahu rama-rama sebelum aku tidur, aku mahu bintang bersinar, nak juga aku bulan kucup dahi aku sebelum dia pergi, aku mahu semua, tapi aku kecil, semua taknampak aku yang sedang melambai.

Bagi aku ruang, tak besar, kecil saja, untuk aku bernafas bersama dia, puteri yang aku cinta, puteri yang aku menangis untuk, puteri yang buat aku gelak, puteri yang membahagiakan aku, puteri yang selalu aku peluk erat bila dia menangis sedih.

Aku mahu duduk diatas, aku tak mahu duduk didunia yang penuh dengan kebencian, kecemburuan, kekejaman, kesedihan ini lagi.

Siapa mahu ikut aku terbang? maaf, kau lambat. Aku ingin bawa puteri aku , kerana dia pernah bisik lembut pada telinga aku mengatakan dia sukar untuk bernafas bila berdiri didunia.

"sabar ya sayang, aku akan jaga kau bila kita sampai diatas sana."