Just Shh And Listen.


Untuk Gaza.

Dari jauh aku dengar
Suara bayi sedang menangis
Jeritan mereka yang dewasa.

Aku utuskan surat pada Tuhan
Supaya selamatkan saudara-saudara aku disana.

Kamu Itu.

Kamu lebih banyak diam dari bercakap
Aku tahu banyak yang telah kamu simpan
Disudut hati itu, aku tahu
Cuma kamu tidak tahu bagaimana
Dan
Cara untuk meluahkannya
Atau mungkin
Kamu masih kelam-kabut
Untuk menyusun satu-persatu patah perkataan.

Tapi

Tahu saja kamu
Yang aku tak perlukan perbuatan atau
Patah-patah kata romantis
Cukup untuk hati kita saja tahu.

Perjalanan.

Dia kata, aku yang terakhir untuk hidupnya. Jadi, berapakah bilangan lelaki sebelum aku yang telah meraba hati dia sedikit-demi-sedikit untuk sampai ke aku? Adakah untuk aku hanya serpihan terakhir yang dia-iya-kan-saja atau isinya sudah kosong?

Jawab soalan diatas dengan bentuk lazim. No kalkulator.

Tahi.

Gadis masuk rumah. "Hel..." Belum sempat Gadis menghabiskan "...lo i'm home!" pada dahinya pisau yang aku baling tepat, selamat tertanam. Aku ceraikan bontot dari sofa, "Harini, cukup hati aku habis dimakan ulat sampah dan babi liar akibat perangai kau yang saling tak tumpah macam tahi.

Bakar.

Kalau jumpa nanti, boleh aku bakar kau sekali dengan barang-barang lama rumah aku? Itu pun kalau kau sudi.

Air.

"Weh, ketiak kau." "Kenapa?" "Berair." "Ni peluh, bahalol!" Kata karim kepada rakan aliennya yang baru sampai semalam.

Kata.

jangan terus matikan diri jika terjatuh
itu bukan pengakhiran usia kamu
jika kamu kata aku salah
aku mahu tanya

adakah kamu itu Tuhan?

Terus.

bermimpi terus
dan
capai apa yang kau mahu
jika itu satunya cara
untuk kau senyum.

Konfius.

terkadang, kau sendiri keliru dengan apa yang kau mahu.

ya, selalunya begitu.

Tunduk.

tarik nafas

diam sebentar

pejamkan mata

cuba lari

terus berlari

jika sejarah itu datang memeluk kembali.

Simpan.

manusia,
simpan yang kali ini
simpan yang kali ini sehingga hujung nafasmu nanti.

Sampingan Mengata.

Kau,
Tak semua yang suka.

Aku,
Tak semua yang suka.

Jadi,
Jangan berlagak Tuhan
Yang menyakinkan
Kau itu betul
Aku ini biol.

Kita sebenarnya,
Duduk didalam satu bulatan
Cuma kau nampak aku
Dan aku takkan sedar akan lahirnya kau disitu.

Kerana,
Kau bukan siapa siapa
Aku bukan siapa siapa
Cuma hari hari kau
Hobi sampingan mengata.

Bangun.

Kali pertama mata aku menangkap pandangan mata kamu
Kamu menarik tengang urat seluruh tubuhku
Darah ku mula mengalir laju
Jantungku seperti mahu meletup
Pecah
Dan lahir satu lagi jantung
Merah warnanya
Pekat menyala
Silau jika kau dapat melihatnya.

Dan lantas aku berkata,
"Kau telah membangkitkan jantung aku kembali setelah lama ia bersemadi."

Imaginasi Aku Atas Kau.

Engkau itu jika aku boleh panjangkan cerita menggunakan imaginasi aku ialah seperti seekor kucing yang perutnya bulat seperti bola bowling seberat tiga belas kg dan pipi seakan-akan pau ayam bbq yang enak dimakan sewaktu langit mendung tetapi hujan tidak membasahi bumi bersama teh o panas bersertakan angin lembut yang meniup halus memasuki liang-liang roma dan terus menerkam jantung dan jika kau mengukir senyuman, ia adalah perkara paling hebat seperti aku sedang menonton Transformer Tiga sambil menikmati puding karemel. Dan jika kau izinkan aku untuk tarik sehabis panjang pipi yang tersangkut ditepi muka kau itu, dah lama aku buat. Serius.

Sujud.

kali ini
aku tak ingin lagi meletakkan harapan tinggi
hanya berjalan melalui lorong
yang tuhan susunkan.

aku tahu
tuhan hanya susunkan saja atur caranya
yang mengawalnya aku
jika terjadi benda buruk berlaku
itu salah aku.

dan aku tidak boleh
menunding jari menyalahkan kamu
dia
atau
syaitan yang bergelimpangan diluar sana
kerana aku tahu
tiang keimanan aku masih belum siap
masih tergantung
dipersimpangan.

Jemput.

Pasti.

kini
aku pasti
takkan ada lagi
sejarah musim bunga layu itu dulu lagi.

aku pasti.

Cantik Terakhir.

ia cantik
cantik kali ini merupakan cantik yang terakhir kali
cantik ini kali merupakan cantik dari hati
bukan main main
kerana cantik dan rasa cinta hari ini datang dari hati dan bukan mata atau nafsu semata
cantik dan cinta musim ini aku pasti takkan ada musim akan datang
ya, aku pasti
pegang kata aku
erat
kerana ia merupakan yang terakhir
jika ini tak menjadi
kafankan aku bersebelahan kubur atukku.

Bukan.

bukan kat semua orang kau boleh letak kepercayaan itu. walaupun kau rasa dia cukup untuk menahan bebal segala cerita kau taburkan dengan harapan bahawa dia akan memahami dengan apa yang cuba kau sampaikan. tak semua. ada. mungkin kau perlu bedah hatinya untuk melihat kejujuran sebetulnya. kerana manusia ini jika kau ludahkan sedikit sahaja masalah kau ke dia, sedikit sahaja. dia akan mengeluarkan kenyataan yang sebenarnya apa yang cuba dia sampaikan itu bukan diri kau dan dia langsung tidak memahami apa yang cuba kau sampaikan kerana kau baru ludah sedikit dan bukan sepenuhnya. pendek kata, kereta belum siap dibaiki, kau dah bawak kehulu kehilir. akhirnya kau akan mati kemalangan akibat breknya yang belum habis siap dibaiki.

Kawal.

kita
harus bijak mengawal.

setiap perbuatan
percakapan.

jika sedikit sahaja tergelincir
kau akan mati.

kerana manusia zaman ini
hanya bijak kritik luaran
dan
bukan dalaman.

itu yang aku sedar masa ini
pandai mereka
bijak mereka
kepintaran mereka
mereka hanya bisa kritik luaran
mereka takkan pergi jauh.

Ungkapan Terakhir.

Maaf.
Ungkapan terakhir aku untuk dia. Samada dia terima atau tidak, aku tak peduli. Janji aku dah minta maaf. Malam kelmarin, dia call. Dengan suara basah. Aku agak dia baru selesai menangis atau dirogol. Tapi paling tepat ialah, menangis.
Dia kata dia rindu.
Aku diam.
Aku dengar dia menyedut hingusnya yang meleleh.
Dia kata rindu lagi.
Aku perlahankan nafas.
Dia ka..ta, dia rin....du. Sa ngaat.
Dengar seperti hatinya sedang sakit. Amat sakit.
Aku teruskan berdiam.
Sampai di minit yang tak berpenghuni, kami diam. Dua-dua diam.


"Tuhan, selamatkan lah dia dan seksalah aku di neraka."


Talian aku matikan.

Unikon.

Petang itu Ariff sedang lepak ditaman. Tiba-tiba seekor unikon putih datang dekat dengannya dan bertanya, "Hai abang jambu, macam mana rasa cinta tu?" Ariff ketika itu yang sedang mengunyah jambu batu dengan tenang menjawab, "Cinta kau tak boleh rasa dengan lidah. Sebab rasanya bukan manis, tak masin, kelat apatah lagi. Ia mesti dengan hati. Jika aku boleh lukis betapa cantik dan indahnya cinta itu, sudah pasti akan aku lakukan. Lagipun sekarang aku tak punya pensil dan kertas. Cuma jambu yang baru tadi aku beli berharga rm0.50." Unikon itu senyum. Dan Ariff menyambung lagi, "Rasa cinta semuanya ada dihati kau. Jika ia hanya datang dari bibir, itu bukan cinta. Itu nafsu. Nafsu yang datang bersama sekumpulan iblis jahat dengan tongkat sakti masing-masing. Cinta mesti datang dari hati dan kau akan dapat rasainya sendiri. Hmm kenapa kau tanya?" Unikon putih itu hanya diam sambil melihat Ariff mengunyah jambu batu. "Oi, kenapa tanya?" Unikon putih itu sedikit terkejut. Dan unikon putih itu menjawab, "Lihat seberang tasik sana. Serigala tu sedang mengunyah hati aku. Dia curi daripada aku. Sekarang aku tidak punyai apa dan aku tak dapat untuk merasai apa itu cinta. Aku hanya mampu mendengar tentang rasa kau, dan mereka-mereka diluar sana." Ariff terdiam dan berhenti mengunyah. "Terima kasih ya." Lalu unikon putih itu berlalu pergi.

Katil.

setiap malam jika aku teringatkan kau, aku akan bangkit dari katil dan lukis apa hati aku kata dengan pelbagai warna yang wajah kau akan aku sorok ditempat paling dalam kerana kau yang aku rindu bukan lagi teman sekatilku.

Kikis.

Salmah sedang buat sesuatu dibelakang rumahnya sambil bercangkung di tengah malam sunyi dan angin meniup perlahan. Aku menghampiri Salmah, "Woi, kau buat apa tu hah?" Salmah terdiam. Menoleh kebelakang memandang aku, dan sambung membuat kerjanya kembali. "Takda buat apa pun la. Aku tengah kikis bagi habis rindu aku kat dia ni ha. Esok pagi habis la ni." Aku garu kepala dan balik semula ke dalam rumah sambung menonton Dragon Ball episod 2896.

Dail.

Aku dail satu nombor
panggilan diangkat
aku bersuara lembut
lebih lembut dari sutera
bertanyakan sesuatu padanya
dan dia menjawab
kasar
lebih kasar dari kertas pasir.

Abang, hidup anda akan lebih ceria
jika anda lebih mesra.

Koma.

Aku memerhati
Akalmu ketika bersama si dia
Ukiran senyummu bersama si dia
Perlahan-lahan
Hati aku
Digigit seribu tiga puluh tujuh
Ulat sampah.

Cermin.

Jangan khutbahkan aku
Jika tatu dibelakang badanmu
Masih pekat
Bercampur darah
Dan juga sifatmu.

Ia umpama
Membasuh gelas
Menggunakan air kencing.

Barangkali.

Setapak demi setapak
Masa memakan setiap saat yang terbentang.

Mungkin ini kali yang terakhir
Aku berjalan
Sambil mengutip
Serpihan kaca rindumu
Dan menyimpannya
Dalam saku.

Mungkin,
Mungkin ini kali yang terakhir.

Bisik.

Ikat tali ini
Terus ke hatimu
Dan hujungnya lagi satu
Aku akan ikat pada hatiku.

Untung-untung aku dapat mendengar apa kata hatimu terhadap ku dan kamu dapat mendengar apa bisik hatiku terhadap mu.

Lelap.

Bayangkan
Biji mata ini
Sebesar bola golf
Atau bola apa saja
Dipanah
Oleh lidi satay
Menyucuk
Dalam dalam.

Pendeknya, aku tidak mampu lelap.

Angin.

Angin menyelinap masuk
Menggigit
Seluruh tubuh
Menyiat setiap inci roma
Membekukan darah
Menyelimut
Melilit
Meratah
Hingga ke tulang.

Dua Puluh Empat Tujuh.

Setiap pagi
Aku akan bangkit dari katil usang
Bakar rokok
Untuk kesihatan berpanjangan
Menulis puisi puisi indah
Yang aku rasa indahnya
Terperosok jauh
Ke persimpangan
Bandar tasik selatan
Dan menyidai
Kain kain bercorakkan
Cinta yang tumbuh
Pada setiap
Dua puluh empat tujuh.

Dia Melihat Aku.

dia melihat aku
dari depan sana
latarbelakangnya
ialah taman permainan
dimana penuh kanak-kanak sedang bergolek
dari atas bukit
jatuh ke landasan
dan bergelak-ketawa.

dia melihat aku
dari depan sana
aku perasan
matanya tidak berkelip
itu yang aku perasan
yang tidak
aku simpankan saja
dalam kocek.

dia melihat aku
dari depan sana
mengulum lolipop vanilla aku rasa
lentuk bibirnya lancar menari
menjilat-jilat kepala lolipop
sehingga ia kecut
hilang perasa.

dia melihat aku
dari depan sana
dan aku
melihat kasut tumit tingginya
dengan rasa pegun.

tujuh minit berlalu
aku menyusur pergi
membiarkan keghairahannya
peluk bersama.

Bulan Ini.

bulan ini
banyak aku lihat
hati-hati yang bertaburan
dijalan-jalan utama
dilorong-lorong sampah kota
bergelimpangan tidak terkira
berulat dan naik baunya
dan
otak aku mula menaip
apakah manusia pada setiap pagi aku
adalah manusia-manusia yang tidak punyai hati atau rasa?

Ketuk.

nampaknya
masih ada sesuatu
yang aku tidak tahu
apa cacatnya aku
dari sudut pandang mata mu.

ini besi penukul
tolong ketukkan
apa yang kemek
dan comot, sayang.

Malam Tadi.

malam tadi
ya, malam tadi
aku pejamkan mata
dan membiarkan roh ku ditelan
oleh kebangkitan hantu mu.