Kau,
Tak semua yang suka.
Aku,
Tak semua yang suka.
Jadi,
Jangan berlagak Tuhan
Yang menyakinkan
Kau itu betul
Aku ini biol.
Kita sebenarnya,
Duduk didalam satu bulatan
Cuma kau nampak aku
Dan aku takkan sedar akan lahirnya kau disitu.
Kerana,
Kau bukan siapa siapa
Aku bukan siapa siapa
Cuma hari hari kau
Hobi sampingan mengata.
Bangun.
Kali pertama mata aku menangkap pandangan mata kamu
Kamu menarik tengang urat seluruh tubuhku
Darah ku mula mengalir laju
Jantungku seperti mahu meletup
Pecah
Dan lahir satu lagi jantung
Merah warnanya
Pekat menyala
Silau jika kau dapat melihatnya.
Dan lantas aku berkata,
"Kau telah membangkitkan jantung aku kembali setelah lama ia bersemadi."
Kamu menarik tengang urat seluruh tubuhku
Darah ku mula mengalir laju
Jantungku seperti mahu meletup
Pecah
Dan lahir satu lagi jantung
Merah warnanya
Pekat menyala
Silau jika kau dapat melihatnya.
Dan lantas aku berkata,
"Kau telah membangkitkan jantung aku kembali setelah lama ia bersemadi."
Imaginasi Aku Atas Kau.
Engkau itu jika aku boleh panjangkan cerita menggunakan imaginasi aku ialah seperti seekor kucing yang perutnya bulat seperti bola bowling seberat tiga belas kg dan pipi seakan-akan pau ayam bbq yang enak dimakan sewaktu langit mendung tetapi hujan tidak membasahi bumi bersama teh o panas bersertakan angin lembut yang meniup halus memasuki liang-liang roma dan terus menerkam jantung dan jika kau mengukir senyuman, ia adalah perkara paling hebat seperti aku sedang menonton Transformer Tiga sambil menikmati puding karemel. Dan jika kau izinkan aku untuk tarik sehabis panjang pipi yang tersangkut ditepi muka kau itu, dah lama aku buat. Serius.
Lauk.
Kita
Seperti lauk
Aku ayam masak kicap
Dan kau
Sambal udang merah yang romantik.
Gaul sama nasi
Gabungan kita meletup
Bikin siapa yang telan
Akan kenyang
Berhari-hari
Mungkin berkurun.
Seperti lauk
Aku ayam masak kicap
Dan kau
Sambal udang merah yang romantik.
Gaul sama nasi
Gabungan kita meletup
Bikin siapa yang telan
Akan kenyang
Berhari-hari
Mungkin berkurun.
Sujud.
kali ini
aku tak ingin lagi meletakkan harapan tinggi
hanya berjalan melalui lorong
yang tuhan susunkan.
aku tahu
tuhan hanya susunkan saja atur caranya
yang mengawalnya aku
jika terjadi benda buruk berlaku
itu salah aku.
dan aku tidak boleh
menunding jari menyalahkan kamu
dia
atau
syaitan yang bergelimpangan diluar sana
kerana aku tahu
tiang keimanan aku masih belum siap
masih tergantung
dipersimpangan.
Langgan:
Catatan (Atom)


