Sampingan Mengata.

Kau,
Tak semua yang suka.

Aku,
Tak semua yang suka.

Jadi,
Jangan berlagak Tuhan
Yang menyakinkan
Kau itu betul
Aku ini biol.

Kita sebenarnya,
Duduk didalam satu bulatan
Cuma kau nampak aku
Dan aku takkan sedar akan lahirnya kau disitu.

Kerana,
Kau bukan siapa siapa
Aku bukan siapa siapa
Cuma hari hari kau
Hobi sampingan mengata.

Bangun.

Kali pertama mata aku menangkap pandangan mata kamu
Kamu menarik tengang urat seluruh tubuhku
Darah ku mula mengalir laju
Jantungku seperti mahu meletup
Pecah
Dan lahir satu lagi jantung
Merah warnanya
Pekat menyala
Silau jika kau dapat melihatnya.

Dan lantas aku berkata,
"Kau telah membangkitkan jantung aku kembali setelah lama ia bersemadi."

Imaginasi Aku Atas Kau.

Engkau itu jika aku boleh panjangkan cerita menggunakan imaginasi aku ialah seperti seekor kucing yang perutnya bulat seperti bola bowling seberat tiga belas kg dan pipi seakan-akan pau ayam bbq yang enak dimakan sewaktu langit mendung tetapi hujan tidak membasahi bumi bersama teh o panas bersertakan angin lembut yang meniup halus memasuki liang-liang roma dan terus menerkam jantung dan jika kau mengukir senyuman, ia adalah perkara paling hebat seperti aku sedang menonton Transformer Tiga sambil menikmati puding karemel. Dan jika kau izinkan aku untuk tarik sehabis panjang pipi yang tersangkut ditepi muka kau itu, dah lama aku buat. Serius.

Sujud.

kali ini
aku tak ingin lagi meletakkan harapan tinggi
hanya berjalan melalui lorong
yang tuhan susunkan.

aku tahu
tuhan hanya susunkan saja atur caranya
yang mengawalnya aku
jika terjadi benda buruk berlaku
itu salah aku.

dan aku tidak boleh
menunding jari menyalahkan kamu
dia
atau
syaitan yang bergelimpangan diluar sana
kerana aku tahu
tiang keimanan aku masih belum siap
masih tergantung
dipersimpangan.

Jemput.

Pasti.

kini
aku pasti
takkan ada lagi
sejarah musim bunga layu itu dulu lagi.

aku pasti.

Cantik Terakhir.

ia cantik
cantik kali ini merupakan cantik yang terakhir kali
cantik ini kali merupakan cantik dari hati
bukan main main
kerana cantik dan rasa cinta hari ini datang dari hati dan bukan mata atau nafsu semata
cantik dan cinta musim ini aku pasti takkan ada musim akan datang
ya, aku pasti
pegang kata aku
erat
kerana ia merupakan yang terakhir
jika ini tak menjadi
kafankan aku bersebelahan kubur atukku.

Bukan.

bukan kat semua orang kau boleh letak kepercayaan itu. walaupun kau rasa dia cukup untuk menahan bebal segala cerita kau taburkan dengan harapan bahawa dia akan memahami dengan apa yang cuba kau sampaikan. tak semua. ada. mungkin kau perlu bedah hatinya untuk melihat kejujuran sebetulnya. kerana manusia ini jika kau ludahkan sedikit sahaja masalah kau ke dia, sedikit sahaja. dia akan mengeluarkan kenyataan yang sebenarnya apa yang cuba dia sampaikan itu bukan diri kau dan dia langsung tidak memahami apa yang cuba kau sampaikan kerana kau baru ludah sedikit dan bukan sepenuhnya. pendek kata, kereta belum siap dibaiki, kau dah bawak kehulu kehilir. akhirnya kau akan mati kemalangan akibat breknya yang belum habis siap dibaiki.

Kawal.

kita
harus bijak mengawal.

setiap perbuatan
percakapan.

jika sedikit sahaja tergelincir
kau akan mati.

kerana manusia zaman ini
hanya bijak kritik luaran
dan
bukan dalaman.

itu yang aku sedar masa ini
pandai mereka
bijak mereka
kepintaran mereka
mereka hanya bisa kritik luaran
mereka takkan pergi jauh.