Menulis Dalam Khayal

Ku telan steroid
Ku teguk alkohol
Ku sedut asap rokok
Ku melekat dibangku kecil
Ku ditelan sang astingen
Ku menulis
Ku bermimpi
Ku berkhayal
Ku terbang
Ku gelak terbahak bahak
Ku mencarut
Ku mencaci maki
Di sana zabaniah menunggu kau
Di sana segala jenis makhluk mahu meratah kau
Di sana tubuh kau akan dibakar
Di sana para syaitan mengejek kau, sibangsat sekalian meludah kau
Di sana kau merana, mereka tidak dengar akan jeritan kau
Kau disini mereka suka
Kau disana mereka lupa
Kau disini mereka minta
Kau disana mereka tertawa
Kau disini mereka senyum
Kau disana mereka diam, tidak membantu
Manusia tidak satu pun jujur
Manusia hipokrit
Manusia perangai haiwan
Manusia celaka
Bila susah kau datang
Bila senang kau hilang, jalang!
Ada diperlukan
Lenyap dilupakan

Manusia Kulit Putih

Tadi aku keluar makan kat kedai yang dekat dengan rumah aku. Nasi goreng kampung dengan teh o ais. Selesai je makan aku keluarkan rokok aku, seluk poket kiri takda, seluk poket kanan kosong. Alamak! lighter?! aku dah macam mat dadah yang takdapat dadah sehari. Toleh punya toleh, usha punya usha, aku nampak mamat cina tgh isap rokok.

"boleh pinjam lighter?"

dia hulur besertakan muka masam yang taknampak tanda tanda nak senyum. lantak ah.

aku pun pasang a rokok menggunakan lighter dia.

"ok thanks" *senyum.

"hmm" *masam.

Kepala otak! aku mintak elok elok, kau bagi cirit. Oh aku lupa, kau kan benci gila melayu kan? tapi nak pulak kau berkepit je dengan Najib?

nasoB

Darah merah pekat mengalir
Jantung berdegup kencang
Jasad terbang terus menghilang
Kotaraya sibuk
Udara segar menjadi busuk
Asap rokok dihembus keluar
Melihat manusia yang tak pernah tenang
Orang gila yang penuh dengan terpinding
Masa takkan menunggu
Mata pejam, segalanya tenang
Mari lari jauh, jauh dari semua
Redah titi metamorfosis untuk mencari sesuatu yang baru
Kamu tahu apa kamu mahu
Dia tahu apa dia mahu
Mereka sedar apa mereka dengar
Aku terjaga dari segala yang disuara.

Satu Hari Nanti

Gelak tawa gembira
Tepuk tolak cubit cubit pipi
Tarik rambut bergurau senda
Senyum sampai telinga
Gigi tersusun rapi, ada terabur
Satu hari nanti kau akan rasa
Rasa yang tak ingin dirasa
Rasa sunyi
Rasa kosong
Semuanya akan nyah, gelap
Murung, sendiri.

Yang Taksuka

Kita kadang kadang berada di atas, kadang kadang berada di bawah
Kita kadang kadang tinggi, kadang kadang rendah
Kita kadang kadang menjadi besar, tapi akan merasa menjadi kecil
Ada orang cucuk belakang
Ada orang kutuk belakang
Ada orang mengata belakang
Ada orang ludah belakang
Ada orang maki hamun belakang
Ada orang gelak belakang
Tapi aku tetap jalan tegak sambil tersenyum
Walaupun belakang aku penuh air liur, kahak, sampah, ulat
Mereka boleh kata apa mereka suka
Mereka boleh kutuk apa mereka suka
Mereka boleh gelak sampai puas
Mereka boleh kecoh kepada semua
Aku hanya duduk dari jauh dan melihat gelagat bodoh mereka sambil minum segelas teh o panas
Kau bukan mak bapak aku
Kau tak kenal aku
Jadi jagalah kemaluan kau sendiri
Jangan sibuk tengok menung kemaluan aku.

Kunci mulut kau bangsat!

Baik kau tutup mulut sebelum aku kencing dalam mulut berbau kau!
Baik kau tutup mulut sebelum aku terajang rahang kau sampai pecah!
Baik kau tutup mulut sebelum aku sepak muka kau!
Aku nak maki tapi aku masih berperikemanusiaan
Tutup mulut, jangan cari publisiti
Tutup mulut, duduk diam diam

Bangun

Otak beku
Aku ingin keluar
Keluar dari tempat sempit ini
Aku ingin lihat dunia
Apa yang terjadi
Apa yang berlaku
Apa yang berubah
Apa yang lain
Apa yang membangun
Apa yang maju
Ingin baca mentaliti orang kita
Apa yang mereka fikir dalam masa sehari
Apa yang diisi didalam otak mereka dalam masa 24jam
Apa yang mereka dapat dari awal pagi hingga matahari tidur
Apa benda yang berfaedah yang mereka jalankan dari jalanraya sesak hingga lengang
Sejauh mana orang kita boleh terbang
Setinggi mana orang kita boleh mendaki
Sekuat mana orang kita boleh mengangkat
Jangan terlalu mengharap orang kulit putih, kulit hitam
Bangun dari duduk
Bangun dari tidur yang lena
Berlari mengejar sesuatu
Isi dalam tangan, poket, dompet, kepala, otak dengan sesuatu yang membangun, sesuatu yang membanggakan
Buat mereka tersenyum
Buat mereka bangga
Buat mereka tunduk
Bangun bangun bangun
Jangan hanya duduk mengemis tepi jalan bermodalkan air mata
Mereka boleh, kita boleh
Jangan biar otak penuh dengan habuk
Jangan biar mereka pijak kepala kita hingga lunyai