Ingin Rasa Apa Kamu Rasa

Tikam aku,

Matahari benci aku
Bulan benci aku
Bintang benci aku
Awan benci aku
Dia benci aku.

Daun gugur jatuh ke tanah
Pokok berdiri tidak tersenyum
Hujan gugur tanda aku menangis
Bintak tidak berkelip dia merajuk.

Ini jantungku,

Ratah kamu sampai puas
Biar kering kamu tersenyum
Biar ku sakit
Biar ku menjerit
Biar ku menangis
Biar ku rasa apa yang kamu rasa

Situ duri, ya aku tahu
Kamu akan memijaknya?
Ya, aku mahu rasa pedih
Aku mahu rasa duri bertemu daging
Aku mahu rasa apa yang dia rasa.

Ini pipi ku, tampar sampai kamu puas.

1 ulasan:

fasihah nasaruddin berkata...

xpaham.tp bunyik cam bagus.