Aku Menangis.

dipentas itu, aku berdiri
melihat setiap kepala kepala itu, aku meneliti
merenung mata mata itu, aku sendiri
menangis
menangis entah sebab apa dan entah mengapa
adakah ini aku sekarang ini yang beridiri ini bukan aku?
cuma bayang bayang kaku yang tidak tahu arah mana hendak dituju
senyum aku jadi tawar
hati itu milik dia
hati aku milik siapa?
ini bukan fasal rindu atau apa
ini perihal budak yang masih berhingus yang sesat tanpa peta
hidup dalam gelap
hidup dalam dunia dimana dia sendiri tidak pernah melakar atau menulis corak corak bentuk tulisan jalan ceritanya
warna warna sebelum ini mencair bertukar putih
pokok epal itu dulu lebat buahnya kini ranting
bintang dulu tidak terkira sekarang mana mereka?

aku menangis
aku menangis.

1 ulasan:

fieqa berkata...

warna yang kau sangka warna indah tuh bukan warna tapi bahana ,
semua hilang kerana Dia nak kau sedar yang walaupun kau hilang semua tapi kau ada Dia ,
Dia yang beri kau warna sebenar , Dia yang beri kau sedih dan gembira , Dia yang beri kau semua tapi bukn atas kehendak kau , tp kehendak Dia