Imran

Imran sudah 7,917km jauh dari tempat tinggalnya. Namun, itu hanya
jasad dan 95% otaknya sahaja. Masih ada lagi 5% gumpalan kecil ingatannya
terperangkap pada kenangan masa lalu. Imran tidak mampu untuk pergi
jauh lagi. Jika ia berlaku sekalipun, 5% gumpalan kecil ingatannya itu
belum tentu dapat lenyap begitu sahaja tanpa sebarang syarat. Contohnya,
Imran perlu mencari 5% gumpalan kecil yang baharu, untuk
menggantikan 5% gumpalan kecil ingatannya yang terperangkap pada
kenangan masa lalu itu, dan membina kembali 5% gumpalan kecil yang
baharu itu menjadi sebuah kenangan yang baru dan segar. Mustahil!
Mustahil itu akan terjadi. Bukankah cinta itu tidak boleh dipilih sesuka
hati seperti ingin memilih kucing-kucing parsi dikedai haiwan untuk dibela?

Tiada ulasan: