Ungkapan Terakhir.

Maaf.
Ungkapan terakhir aku untuk dia. Samada dia terima atau tidak, aku tak peduli. Janji aku dah minta maaf. Malam kelmarin, dia call. Dengan suara basah. Aku agak dia baru selesai menangis atau dirogol. Tapi paling tepat ialah, menangis.
Dia kata dia rindu.
Aku diam.
Aku dengar dia menyedut hingusnya yang meleleh.
Dia kata rindu lagi.
Aku perlahankan nafas.
Dia ka..ta, dia rin....du. Sa ngaat.
Dengar seperti hatinya sedang sakit. Amat sakit.
Aku teruskan berdiam.
Sampai di minit yang tak berpenghuni, kami diam. Dua-dua diam.


"Tuhan, selamatkan lah dia dan seksalah aku di neraka."


Talian aku matikan.

Unikon.

Petang itu Ariff sedang lepak ditaman. Tiba-tiba seekor unikon putih datang dekat dengannya dan bertanya, "Hai abang jambu, macam mana rasa cinta tu?" Ariff ketika itu yang sedang mengunyah jambu batu dengan tenang menjawab, "Cinta kau tak boleh rasa dengan lidah. Sebab rasanya bukan manis, tak masin, kelat apatah lagi. Ia mesti dengan hati. Jika aku boleh lukis betapa cantik dan indahnya cinta itu, sudah pasti akan aku lakukan. Lagipun sekarang aku tak punya pensil dan kertas. Cuma jambu yang baru tadi aku beli berharga rm0.50." Unikon itu senyum. Dan Ariff menyambung lagi, "Rasa cinta semuanya ada dihati kau. Jika ia hanya datang dari bibir, itu bukan cinta. Itu nafsu. Nafsu yang datang bersama sekumpulan iblis jahat dengan tongkat sakti masing-masing. Cinta mesti datang dari hati dan kau akan dapat rasainya sendiri. Hmm kenapa kau tanya?" Unikon putih itu hanya diam sambil melihat Ariff mengunyah jambu batu. "Oi, kenapa tanya?" Unikon putih itu sedikit terkejut. Dan unikon putih itu menjawab, "Lihat seberang tasik sana. Serigala tu sedang mengunyah hati aku. Dia curi daripada aku. Sekarang aku tidak punyai apa dan aku tak dapat untuk merasai apa itu cinta. Aku hanya mampu mendengar tentang rasa kau, dan mereka-mereka diluar sana." Ariff terdiam dan berhenti mengunyah. "Terima kasih ya." Lalu unikon putih itu berlalu pergi.

Katil.

setiap malam jika aku teringatkan kau, aku akan bangkit dari katil dan lukis apa hati aku kata dengan pelbagai warna yang wajah kau akan aku sorok ditempat paling dalam kerana kau yang aku rindu bukan lagi teman sekatilku.

Kikis.

Salmah sedang buat sesuatu dibelakang rumahnya sambil bercangkung di tengah malam sunyi dan angin meniup perlahan. Aku menghampiri Salmah, "Woi, kau buat apa tu hah?" Salmah terdiam. Menoleh kebelakang memandang aku, dan sambung membuat kerjanya kembali. "Takda buat apa pun la. Aku tengah kikis bagi habis rindu aku kat dia ni ha. Esok pagi habis la ni." Aku garu kepala dan balik semula ke dalam rumah sambung menonton Dragon Ball episod 2896.

Dail.

Aku dail satu nombor
panggilan diangkat
aku bersuara lembut
lebih lembut dari sutera
bertanyakan sesuatu padanya
dan dia menjawab
kasar
lebih kasar dari kertas pasir.

Abang, hidup anda akan lebih ceria
jika anda lebih mesra.

Koma.

Aku memerhati
Akalmu ketika bersama si dia
Ukiran senyummu bersama si dia
Perlahan-lahan
Hati aku
Digigit seribu tiga puluh tujuh
Ulat sampah.

Cermin.

Jangan khutbahkan aku
Jika tatu dibelakang badanmu
Masih pekat
Bercampur darah
Dan juga sifatmu.

Ia umpama
Membasuh gelas
Menggunakan air kencing.