Jealous.

cuba,
tenangkan otak kamu
tabur bunga
berhentilah mengata.

Hi.

hi
apa khabar kamu disana?
harap sihat-sihat sahaja.

hi
aku masih lagi begini
masih tersadai
memerhati tarian kamu
menggemari jari-jemari mu.

Telan.

Sayang,

jika dalam perhubungan ini
ada gaduh berselisih faham
kita telan sama-sama
berdua
hanya kita
dunia tak perlu tahu itu semua.

Hope.

Aku lihat dia. Bersungguh betul dia menjilat. Macam orang gila. Rambut panjang, jeans koyak dilutut, dan Rayban ungu.

"Pergi la cari cinta baru. Jangan terlalu mengharap."

Dia berhenti. Memandang aku tajam dalam 2 saat. Dan terus lari.

Just Shh And Listen.


Untuk Gaza.

Dari jauh aku dengar
Suara bayi sedang menangis
Jeritan mereka yang dewasa.

Aku utuskan surat pada Tuhan
Supaya selamatkan saudara-saudara aku disana.