Tanpa Tajuk

Bagi aku jalan, tanpa duri, tanpa kaca tajam, tanpa air, tanpa gajah melintas, tanpa tol, tanpa kereta, tanpa kapal terbang, tanpa kereta kebal, kerana aku semak, aku tak larat. Biar jalan itu kosong bodoh.

Berhenti ganggu aku wahai ujian, aku angkat tangan, aku mahu bercerai, lepaskan aku, aku mahu terbang bebas, jangan hempap badan aku lagi, aku dah serik jadi roti canai.

Tiba masa untuk aku berkawan dengan bidadari, tiba saat pari-pari menjelma, aku mahu senyum, aku mahu rama-rama sebelum aku tidur, aku mahu bintang bersinar, nak juga aku bulan kucup dahi aku sebelum dia pergi, aku mahu semua, tapi aku kecil, semua taknampak aku yang sedang melambai.

Bagi aku ruang, tak besar, kecil saja, untuk aku bernafas bersama dia, puteri yang aku cinta, puteri yang aku menangis untuk, puteri yang buat aku gelak, puteri yang membahagiakan aku, puteri yang selalu aku peluk erat bila dia menangis sedih.

Aku mahu duduk diatas, aku tak mahu duduk didunia yang penuh dengan kebencian, kecemburuan, kekejaman, kesedihan ini lagi.

Siapa mahu ikut aku terbang? maaf, kau lambat. Aku ingin bawa puteri aku , kerana dia pernah bisik lembut pada telinga aku mengatakan dia sukar untuk bernafas bila berdiri didunia.

"sabar ya sayang, aku akan jaga kau bila kita sampai diatas sana."

Tiada ulasan: