Aku Masih Sarungkan Baju Kalis Peluru Itu

Aku gantung diri aku
Paling atas
Dapat melihat semuanya tanpa batas
Lihat semut-semut kecil dipijak kejam mati
Melihat gajah yang cuba dibunuh berkali
Rusa dibaham sang belang berlari
Akar-akar pokok membesar bawah tanah tanah merah
Otak dipijak sekali hancur berkecai, berdarah
Tubuh-tubuh kecil menguncup ketakutan
Menyorok, menangis tersedu meminta pertolongan
Kau himpunkan sampah-sampah segala
Kau buangkan kepada aku sambil berkata
"kau musuh aku yang pertama
kau akan ku cincang sampai hari kau tak berdaya
kau akan ku tikam berkali sambil kau meronta
dan, aku mahu lihat sampai mana kaki kau dapat bertahan dengan api merah pekat yang sedang membara!"
Peluru-peluru laju hari-hari lalu di tepi telinga ini
Api-api besar seringkali mahu diri ini mati
Jarum-jarum tajam selalu mahu mencuba untuk sakitkan diri ini
Kerasnya penumbuk sering aku terasa setiap kali aku bangun dari pagi
Racun-racunnya ada dimana saja bila aku makan di tengah hari
Dia menyangka aku sakit
Tetapi aku disini masih kental tegak berdiri
Si celaka-celaka ada dimana-mana
Tidak kira sewaktu kau sedang teran najis mengeluarkan sisa-sisa sampah tak berkualiti
Si celaka-celaka ada ada saja
Tak kira kau sedang senyum atau gelak berpesta membahagiakan hati.

Kau kau kau semua semua itu ini
Selalu berkumpul bercerita tentang diri aku ini ini
Kamu fikir itu ini :

"dia sedang lemah, dia berdarah, dia perlu orang untuk dipapah
dia itu ini, dia aha aha ahahaha
dia bla bla bla, dia itu keji keji, dia itu patut mati berkali, dia dia dia dan diaaa!!"


Blah kau. Blah!

Tiada ulasan: