Depan Wangi, Belakang Busuk.

Hidup. Bukan mudah. Aku tau. Kadang kadang, aku seronok bila kawan kawan aku berlawak. Gelak sampai sesak nafas. Janji itu ini itu ini. Setinggi mana? tinggi. Kau takkan sampai nak capai. Sebab apa? sebab kau pendek mungkin. Kau pegang janji dia. Kau percaya semua cakap dia. Kau luahkan semua benda yang kau tak pernah luahkan masa kau dengan mak kau, adik kau, bf kau ataupun gf kau. Sebab, kau percaya sangat kawan kau tu tu haa. Haha tapi, kau akan rasa palat bila kau dengar dari lidah orang lain yang kawan kau yang kau beria ria luahkan semua benda tu, dah standby senapang cap hidung badak air yang sarat dengan taik hidung di dalamnya tersimpan semua rahsia emas berlian kau. Jadi, aku takkan suap lagi nasi lemak berkrim aku lagi kat mulut sesiapa kecuali Puteri. Kerana tak semestinya mereka mereka itu kenyang. 30minit lepas tu muntahkan balik kat toilet. 5minit lagi ke toilet yang lain.

Manusia, kau hulur rm50 pun. Sumpah sambil tunjuk peace pun. Bila bosan, ganti dengan apa bila rokok takda? dengan bergosip ah. Apa lagi.

2 ulasan:

bad girl berkata...

ada facebook tak ?

@haziqpratama berkata...

search : Haziq Pratama