Nota Terlanjang.

tak semua yang kita buat orang sekeliling akan suka walaupun kau tolong pengemis yang dahagkan jus tembikai. mereka tetap bangkang. tetap pandang dengan penuh kebencian. aku pernah juga tanya. tapi kepada diri aku lah. apa yang akan buat mereka tersenyum? apa yang akan buat mereka cerita sesama mereka tentang kebaikan yang kita kita ada? disini aku tak cakap aku baik seperti malaikat. tapi, bila aku jahat macam setan, cepat je mereka tangkap dah hebohkan. mungkinkah dengan 'kebencian' segala 'kebaikan' dikaburi? mungkinkah bedasarkan kisah kisah p.ramlee, sekarang aku dibenci? atau mungkin dek kerana mulut mulut berbisa berbanding ular telah mencemuh dan meletakkan racun kebencian ke dalam air mineral yang jernih airnya bertukar hitam? sekali lagi, aku disini bukan meminta simpati. bukan mahukan kata kata semangat. ini cuma isi hati yang penuh dengan tanda tanya dan mengapa. karangan yang orang lain tulis yang penuh dengan patah riuknya cara penulisan, tapi bau kentut aku yang wangi dulu sempat mereka mereka hidu. seperi penjaga gol. muka gelabah menunggu bola. dan bila bola itu sampai, digigit gigit. dibaling lantas disepak dan disepak dan disepak. aku jadi baik kau taknampak. aku jadi jahat ada je tajuk baru kau bukak. bangun je aku dari tidur, harap ada nota kecil didalam seluar dalam ku yang tertulis,

"saya benci awak. sbb tu saya tak suka semua benda yang awak buat"

kan senang.

2 ulasan:

hayatisuffian berkata...

***

Aku Apex berkata...

kerenah manusia..kan senang kalo boleh baca hati diowg.