Tajuk Tengahari Ini.

Aku suka membincangkan tentang topik topik pasal kehidupan, kemanusiaan dan cinta. Bukan otak aku terlalu kecil untuk memikirkan perihal dunia sekarang. Tapi tu lah. Kau keluar duit, bersuara melantangkan kata kata demokrasi, undi sana sini, gantung bendera itu ini. Akhirnya? Apa jadi? Longkang tetap sebesar itu. Hujan, banjir melampau, baru gelabah tunjuk muka masuk Buletin Utama. Biarlah. Biarlah mereka dengan agenda mereka masing masing.

Aku lebih berminat melihat gelagat manusia, komunikasi antara kaum yang berbeza, macam mana nak control jiwa jiwa yang terbengkalai dan bermacam lagi. Pernah dalam suatu keadaan, aku gelap. Entah aku bermimpi atau mainan imaginasi yang dikawal sekumpulan minda kecil atau apa. Aku juga pernah menjadi mangsa bualan topik gosip gosip sensasi selain Fasha Sandha. Dari kawan yang tak pernah aku kenal (kawan ke?) sehingga ke darah daging. Aku itu aku ini tak betul itu tak betul ini.

Tak dinafikan, pada satu pekat malam yang sunyi menyepi. Aku pernah menghantar surat kepada Tuhan, yang isi nya bertulis, "yaTuhan, aku masih kecil pada saat ini. Dugaan yang kau beri padaku sangatlah besar. Aku sakit. Ambillah nyawaku malam ini". Aku tahu sesuatu yang bodoh bila mengalah dalam peperangan yang belum tamat. Aku tahu itu dosa dan aku tahu bukan aku seorang saja yang menerima dugaan dariNya. Aku redha.

Kita ini semua semut. Semut yang hanya tahu berlegar di dunia yang kita sendiri tidak sedar atau dikaburi syaitan bahawa kita hanya meminjam. Kita semua dipentas teater yang satu persatu wataknya akan mati. Tapi kita tidak dapat mengagak bila.

Kau menagis sebab kecewa, kau marah sebab dunia, kau mengalah sebab derita, kau lari sebab terpaksa.

Bagi aku, kadang kadang dunia ini tidak boleh diberi muka. Kita harus bangun dan lawan dan terus berlawan. Bagaimana pula dengan takdir? Takdir itu kau harus terima kerana jalan ceritanya sudah siap dibentangkan walaupun sesedih itu dan walaupun perit untuk dihidu.