Dot.

malam ini kau tumbangkan
satu persatu ke-ego-an
yang selama ini aku tahankan
yang selama ini aku pendamkan
yang selama ini aku tinggalkan
walau berat aku memikul
berbaku bakul
kau musnah jahamkan
hanya dengan satu malam yang sial
dan bebal
mahu aku meraung tapi apa guna
mahu aku maki tapi apa puncanya
atas sebab apa.

malam ini
kau telah muntah kan
segala memori yang paling pahit
yang pernah aku simpan bawah telur
yang aku ingin simpan hingga ke kubur
tapi dalam masa dua saat
malam ini
kau telah tumpahkan
permata paling bernilai.

3 ulasan:

Seyn berkata...

lepas tumpah, dah kasi bersih ke belum?

haziq pratama berkata...

sedang.

perempuan virgin berkata...

hmm. dia. dia tumpahkan permata paling bernilai. DIA.