Subuh.

sayup suara azan berkumandang
dari hujung kampung
melalui lubang lubang kecil
tingkap separuh buka
kipas ligat pusingannya
dan bersemadi di liang liang roma
untuk memulakan hari baru
hari yang aku sendiri mencari arah mana hendak aku tuju
ya, perancangan bagi aku
ialah sebuah kemusnahan diri aku
kemusnahan yang berpanjangan
meliuk lentuk dalam kotak akal fikiran
aku ini manusia yang gagal dalam sebuah perancangan
seorang jantan barai terbengkalai
yang hanya tahu menulis puisi puisi cinta tak beritma
kokokan ayam mula aku dengar
degupan jantung makin laju
darah makin kotor dek campuran tar dan nikotin
bersarang dan menyempitkan ruang ruang pernafasan
jantung makin berkocak
matahari bakal terpacak
apa bakal jadi pada hamba Mu ini
untuk ini hari ya Tuhan
suara azan makin pudar
dan jauh dari pendengaran.

pagi ini, kokokan ayam tidak aku endahkan
mata mula layu bersama bisikan syaitan
dan pagi ini, aku tidur berpelukan dosa
yang semakin hari menuju kehancuran.

2 ulasan:

penjajah minda berkata...

kita serupa

fasihah nasaruddin berkata...

kita kena dkt dgn 'dia'