Pada Suatu Hari Yang Kelam.

Pada mulanya, ia hanya perbualan di atas talian yang normal untuk pasangan kekasih yang tidak mempunyai jodoh yang panjang. Walaupun aku tahu perkara itu tidak sepatutnya terjadi kepada dua pasangan yang tidak mempunyai jodoh yang panjang, tetapi kami mengambil sikap profesional (mungkin). Bertanya perihal kehidupan, mengenai kesihatan, dan bertanya apa menu sarapan pagi yang masing-masing hadamkan pagi tadi. Hingga sampai di suatu tahap, perbualan itu masuk ke peringkat yang lebih tinggi. Luar dari garisan yang sepatutnya. Dia mengajukan satu soalan, yang aku rasa soalan itu hanya untuk menyakitkan hati masing-masing, atau cuma aku, atau itu agenda dia untuk memberitahu aku yang sekarang dia sedang bahagia bersama seseorang. Entah. Hanya dia sahaja yang tahu.

"Dah jumpa someone special?"

Soalan yang aku rasa tidak patut keluar sepanjang perbualan kami. Tapi dia melanggar syarat yang sedia ada. Melainkan dia sudah bersiap sedia dengan jawapan yang boleh membuatkan hati aku hancur dan tidak boleh guna pakai lagi. Lima minit sebelum itu semuanya tenang. Banyak rama-rama yang terbang dengan pelbagai warna, kanak-kanak berlari riang, cuaca yang tepat untuk berpiknik, dan lalu lintas yang lancar tanpa sebarang kesesakan. Tapi selepas lima minit itu berlalu dan soalan itu pula diaju, sejumlah besar langit mendung serta-merta menutupi keringan yang ada. Seekor demi seekor rama-rama dipanah petir, kanak-kanak mulai menangis tanpa henti, kereta diatas jalan melanggar antara satu dengan yang lain, chaos.

Aku menarik nafas sedalam-dalamnya, dan berharap apa yang aku hembuskan nanti menjadi bunga yang sedang mengembang mekar di pagi hari. Tetapi tidak, apa yang keluar ialah seekor naga berhidung besar yang mengeluarkan asap pada telinganya. Hanya menunggu masa untuk memusnahkan sebuah pekan kecil pada bila-bila masa sahaja. Sungguh, gementar. Aku menaip,

"Of course not! It's not that simple."

Ya, itulah kata-kata yang keluar dari seorang pria yang tidak dapat melepaskan hati seorang perempuan yang dia cinta. Iya, aku masih memegang hatinya. Walaupun genggaman aku terlalu kuat hingga menyebabkan darah menitik setiap saat yang boleh membuatkan aku mati lemas di dalam bilik aku sendiri. Siapa peduli. Cinta bukan senang mahu hinggap dipenjuru hati seseorang, dan bila cinta itu hinggap pada hati aku, aku akan jaga dia seperti mana aku menjaga penis aku sendiri. Walaupun aku tahu pada saat ini, cinta yang aku pegang sekarang hanyalah halimunan semata. Huh, siapa peduli.

"And you?"

Aku membalas kembali bulu tangkis yang dia lemparkan kepada aku tadi, dan dia menghayunkan raketnya terlalu kuat dan aku hanya berdiri disitu seperti manusia yang sedang dipukau oleh ilmu hitam. Hanya jasad aku yang berdiri kaku dan otak aku sedang lemas menunggu mati. Pap..pap pap! Kepala bulu tangkis itu jatuh ke lantai. Dia membalas,

"Yeah, I've met someone :)"

Dengan senyuman dibelakang ayat. Aku tidak tahu apa motif senyuman itu. Mungkin sedang dia menulis ayat itu, bibirnya sedang mengukir sebuah senyuman yang dia rasa aku akan dapat rasa apa yang dia rasa sekarang ini. Kebahagiaan. Dengan perasaan seperti KLCC sedang runtuh menghempap manusia-manusia yang berada di dalam dan di bawahnya, aku menaip,

"Good for you :)"

Kami hanya berhenti disitu. Tiada kata-kata akhir, tiada selamat tinggal, tiada ucapan semoga berjaya dalam hidup, tiada pesanan, tiada apa.

Ketika ini, aku merasakan yang aku akan mati lemas di dalam bilik aku sendiri. Aku buka galeri di telefon bimbit, aku menatap gambarnya yang satu-satunya aku simpan di dalam galeri. Bersama senyuman ayu dan besi yang mengelilingi giginya itu, aku senyum. Aku tahu esok aku takkan melihat lagi senyuman ini. Aku memejamkan mata serapat-rapatnya dan aku membayangkan aku sedang baring diatas badannya. Di atas katil empuk, angin sejuk yang keluar melalui penghawa dingin, mengepung setiap penjuru bilik. Rambut panjangnya paras bahu, tanpa seurat benang, bersama senyuman gigi besi kegemaran aku. Hujung lidah aku berjalan menyelusuri lehernya, suaranya sayup mengerang ditelinga, sambil dia menarik manja rambut aku. Perlahan penis aku memasuki ‘ruangnya’. Aku menolak penis perlahan menulusuri ruang sempit itu, dahinya menampakkan urat nafsu nakal, tubuhnya aku rungkul dan kukunya ligat menari dibelakang badan aku. Henjutan demi henjutan. Aku menggigit bibirnya, aku tatap wajahnya yang sedang dalam keadaan dikuasai hawa nafsu. Dengan suaranya yang manja, dia memejamkan mata. Henjutan makin laju. Dia mula menjerit keenakan, lehernya terus aku ratah, badannya terus berada dalam rangkulan, dan setibanya aku di klimaks, pancutan akan aku pancutkan pada wajah teman lelaki barunya,

"Jamahlah sisa makanan yang aku makan itu, aku sudah kenyang."

1 ulasan:

jaja berkata...
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.