Alia & Bulan.

Alia berdendam dengan bulan. Kerana bulan tak ada untuk Alia di malam valentine pertengahan dua bulan lepas. Alia tak ada teman lelaki. Teman Alia cuma bulan. Bulan tempat Alia mengadu. Bulan tempat Alia menangis. Bulan tempat Alia luahkan segala rasa dalam hati. Bulan tempat Alia bergembira. Bulan tempat Alia peluk bila sejuk. Dan bila bulan tiada untuk satu malam itu, Alia hilang mood. Mood untuk makan, mandi, senyum, pakai dress putih, lompat-lompat atas katil. Hilang. Tiba-tiba.

Alia sangat marahkan bulan kerana tidak muncul pada malam valentine pertengahan dua bulan lepas. Sangat marahkan. Malam valentine itu Alia make up cantik. Macam puteri. Tunggu bulan, tapi bulan tak muncul muncul. Alia menangius. Marah. Geram sangat pada malam itu.

Dan sampai ke hari ini Alia masih tak bercakap dengan bulan. Tingkap biliknya sentiasa tertutup. Tiada lagi cahaya. Semuanya suram seperti rumah lama. Setiap malam Alia menulis surat untuk bulan. Menulis apa yang terjadi padanya setiap hari. Tapi tidak pernah sekali pun Alia bagi kepada bulan untuk membaca surat suratnya itu. Alia tulis, dan menyimpannya dalam laci. Alia rindu bulan. Tapi Alia mahu bulan rasa yang Alia benci bulan.

Sejak dari peristiwa itu, tidur Alia tidak pernah nyenyak.

Melankoli.

Pernahkah kau terfikir untuk bangun dari tidur di satu pagi yang mendung itu. Gosok gigi. Buat roti telur untuk sendiri. Dan hisap rokok murah kerana gaji sangkut. Lepak dalam bilik. Baring atas katil yang cadarnya entah bila mahu ditukar. Fikir pasal kehidupan, watak untuk esok, kisah cinta bertubi tubi dan lain lain. Memang tiada penghujung dan penamatnaya. Tapi kenapa kau kau mahu juga fikirkan? Sebab bosan menunggu hujan pagi itu? ataupun gasih gadis dalam contacts handphone semua dah ada pacar? Ya, bila sunyi itu datang, muncul pula bosan. Disedapkan lagi dengan flashback hitam putih. Tapi...tiada bahagia. (flashback = sedih, rindu, penyesalan, kesilapan, kesepian) Flashback manusia manusia seperti kita bukan kebahagiaan masa lampau. Tetapi kesilapan yang telah kita buat masa lampau mengakibatkan kesedihan dan penyesalan yang datang. Bukan kebahagiaan. Itu aku. Ya, telah banyak hati aku hancurkan. musnahkan. matikan.

Dan kini, aku pula merasa apa yang mereka mereka rasa. Terima kasih pari pari suci. Kerana beri kesempatan untuk aku merasa apa yang kamu kamu rasa. Terima kasih.

Hujan dah turun. Bilik dah gelap. Aku mahu tidur dan bersedia untuk dibunuh oleh pari pari suci dalam mimpi kali ini. Mimpi yang takkan pernah aku lupa. Selamat.

Pesta.

pagi tadi aku bangkit dari tidur
tepat jam lapan
aku lihat sekeliling
hati-hati suci sudah tiada lagi
badan aku berlumuran darah darah hitam
dan
perut terasa penuh..kenyang.

Si Lelaki & Si Wanita.

Si lelaki sedang melihat si wanita sedang menyanyi melalak lalak dengan 'pakaian telan air liur' di depannya. Si wanita menyanyi melalak lalak dalam keadaan mabuk kepayang. Si wanita dengan gerak perlahan membuka satu persatu bahagian pakaiannya. Lalu jadilah si wanita menyanyi melalak lalak dalam keadaan bogel. Si wanita menuju ke arah si lelaki dengan lagak menggoda. Dan duduk atas peha si lelaki. Si wanita bisik halus ditelinga si lelaki sambil gigit gigit manja cuping telinga si lelaki, 'lupakan aku malam ini sayang'. Kemudian si wanita terus menikam perut si lelaki. Si lelaki mati di tempat kejadian tanpa sempat menutup rapat matanya.

Taman.

Mereka. Lelaki dan perempuan. Duduk dibangku taman menyaksikan anak anak kecil bermain dan ketawa dan menangis dan berkejaran dan jatuh dan bergaduh.

Dari hadapan kau dapat lihat mereka. Lelaki dan perempuan. Hanya duduk dibangku taman dan senyum senyum melihat anak anak kecil itu.

Tapi tangan mereka. Lelaki dan perempaun. Dibelakang berpeluh.

Berpegangan.

Letak Sendiri Tajuk.

kau sedang kawal aku
ya, sedang kawal aku
kawal dalam lumpur yang mereka mereka tak nampak
kawal dalam menggedik yang mereka mereka bilang enak
kawal dengan akal dan ketawa kerana itu yang kau mahu
kawal dengan rasa seronok dimana kau sendiri tak tahu
aku sedar dan aku sedar
aku sendiri punya agenda
apa agenda?
ada laa~
satu hari kau akan tahu
tahu yang aku bukan robot palsu
yang boleh di gerak gerak
yang boleh di kawal kawal
yang boleh di tepuk tampar
yang boleh di rosak jahanamkan
yang boleh di hentuk hentuk
yang boleh di liuk lentok
yang boleh di heret heret
yang boleh di pijak pijak!!
aku ini pengecut
pengecut berdepan masalah
pengecut bersemuka derita air mata
pengecut bersama mimpi bisa

lancau!

tak semua benda senang nak buat
memang senang nak sebut

tak semua benda dianggap remah
walau sekecil habuk busuk

tak semua benda mudah dibuat
hanya mudah di lontar.