Raya.

kepada hati hati yang telah dicemari
lontaran kata yang tak disedari
jari ini aku susun ampun
dan
maaf
dari hujung rambut
hingga hujung kaki
ikhlas dari hati.

selamat hari raya aidilfitri.

Kepuasan.

Sebenarnya, pasti ada sebab yang membuatkan kau berlegar tanpa arah dan memekik melolong dengan kata-kata kosong dan membohong dengan tujuan menjatuhkan seseorang individu itu menggunakan pengikut setia kau yang sedang nyenyak bermimpi bersama sepuluh yang lain mengatakan kau itulah dewa mereka. Ya, dewa yang sedang meraba-raba sesuatu mencari ukiran yang diukir oleh individu kedua yang sekarang ini sedang mengawal seratus peratus nikmat tubuh kau. Dan ya, selama ini yang kau cari tapi sehingga kini masih lagi tercari-cari ialah, kepuasan.

Peluk Tubuh.

kau berdiri dalam kekecewaan
kau mengukir halus liuk lentuknya
kau sedar ini mimpi yang sedang berpeluk tubuh
tapi kau abaikan
kau himpunkan seketul air liur warnanya hijau
dan kau campakkan
kerana ego yang sedang kuat beradu asmara
membuatkan kau yang berada di dalam satu jasad
terbahagi dua
dengan berlainan personaliti dan hasrat.

Subuh.

sayup suara azan berkumandang
dari hujung kampung
melalui lubang lubang kecil
tingkap separuh buka
kipas ligat pusingannya
dan bersemadi di liang liang roma
untuk memulakan hari baru
hari yang aku sendiri mencari arah mana hendak aku tuju
ya, perancangan bagi aku
ialah sebuah kemusnahan diri aku
kemusnahan yang berpanjangan
meliuk lentuk dalam kotak akal fikiran
aku ini manusia yang gagal dalam sebuah perancangan
seorang jantan barai terbengkalai
yang hanya tahu menulis puisi puisi cinta tak beritma
kokokan ayam mula aku dengar
degupan jantung makin laju
darah makin kotor dek campuran tar dan nikotin
bersarang dan menyempitkan ruang ruang pernafasan
jantung makin berkocak
matahari bakal terpacak
apa bakal jadi pada hamba Mu ini
untuk ini hari ya Tuhan
suara azan makin pudar
dan jauh dari pendengaran.

pagi ini, kokokan ayam tidak aku endahkan
mata mula layu bersama bisikan syaitan
dan pagi ini, aku tidur berpelukan dosa
yang semakin hari menuju kehancuran.

Selamat Malam Sayang.

Dia bermain manja dibawah situ
Dan aku
Melelapkan mata tanpa rasa ragu.

Sayup.

libasan kau ini kali
bikin aku tenang
libasan kau malam ini
terasa aku ingin terbang
ludahan kau bulan ini
aku lihat nama aku terpampang
coretan kau hari ini
seolah-olah aku ini seorang yang malang
parut baru ukiran tangan kau ini
aku rasa aku tak perlu berlari lintang-pukang
kerana tahu sahaja kau
dan aku sendiri
aku masih belasan
sedang belajar untuk mengenali
dan kau yang sedang selesa dengan puluhan
terus sahaja dengan kepandaian tidak berperi.

Hai Awak.

dia suruh aku move on
aku kata memang aku dah move on
tapi dia kata aku tipu
aku tanya sebab apa
alasan dia kerana aku mesej dia sekali dalam 84 minggu
aku kata butoh apa
dia kata ya
aku kata jangan kacau kawan aku
dia jawab kawan kau kawan kau kawan aku kawan aku
aku kata cermin pussy dulu
dia jawab sudah
aku kata lihat keliling
dia jawab sudah
aku tanya perasan apa apa?
dia jawab tidak
aku kata sebab kau dungu.