Kain Kanvas Putih.

Seperti kain kanvas putih. Memang secara am nya engkau melihat ia bewarna putih. Hanya putih. Kosong dan tiada apa. Itu bagi orang yang melihat tidak menggunakan mata hati. Ok, cuba engkau lihat menggunakan jiwa dan tambah sedikit ikhlas. Aku rasa itu lebih jujur. Dari sudut itu engkau akan dapat lihat betapa warna warninya kain yang mati tadi hidup disebalik 'putih'nya.

Engkau, aku, dia ,mereka, semua. Semua pun punyai rasa dan jiwa - walaupun seorang pelacur atau penagih dadah. Cuma yang membezakan kita dari mereka, dia dan lain lain ialah bagaimana mahu mengawal dan mengimbangkan antara rasa itu dan jiwa ini. Rasa ialah lebih kepada 'mengagak'. Cara kita melihat luaran seseorang itu dan kritik. Hanya memerhati dari jauh. Tanpa jiwa. Hanya rasa rasa.


"tengok pakcik tu, serabai habis. jambang tak pernah nak cukur. baju koyak. gigi..euwww. aku RASA dia gila la.."


Itu rasa. Jika dijiwai mungkin kau akan pergi ke arah pakcik itu dan bertanya mengapa dia mengutip tin tin kosong di celah celah longkang dan tong sampah yang busuk di sekitar pekan di saat matahari terpacak dan menjerit. Dan jawapan yang engkau akan dapat pasti jauh berbeza dengan apa yang kau rasa tadi.

Jangan lihat dari mata kasar. Cuba mendalami dan memahami apa yang terkandung di dalam. Kerana aku lihat orang kita selalunya begitulah.



*ini untuk Puteri. Yang dimana masyarakat berlagak matang dan berilmu tinggi sering berkata dia rosak dengan cara pemakaian.

3 ulasan: