Si Budak Dan Si Dia

Lihat dia
Dia pernah kata dia sunyi
Seorang dan tiada siapa peduli
Ramai ingin mendekati
Tetapi ramai juga yang lari
Tiba tiba seorang budak hadir dalam dirinya
Budak itu mencuri hatinya
Budak itu mewarnai harinya
Budak itu buat dia ketawa
Budak itu buat dia tersenyum
Budak itu mengisi kekosongan hidupnya
Gelang yang dibuat oleh dia
Dibagi kepada budak itu
Tanda kawan atau lebih dari itu
Tapi lama kelamaan gelak tawa semakin lenyap
Warna warni bertukar hitam
Dia hilang
Dia dirampas
Dia diculik
Dia diam
Dia membisu
Dia bagi harapan yang tinggi kepada budak itu
Dia pernah bilang "jangan pergi jauh dari aku, aku sunyi"
Kini, hanya gelang yang diberi menjadi pengubat rindu
Air mata mengalir
Budak itu keseorangan
Budak itu sedih
Budak itu tidak mampu senyum
Dia terus pergi tanpa sebarang kata.

Otak Berat

Aku rasa kosong
Aku rasa terkongkong
Aku rasa geli
Aku rasa bosan
Aku rasa bodoh
Aku rasa palat
Aku rasa rimas
Aku rasa lemas
Aku rasa meluat
Tak sabar menunggu sekolah berakhir
Tak sabar menunggu hari kebebasan
Aku ingin pergi jauh
Pergi jauh dari segala kekusutan
Pergi jauh dari orang yang tersayang
Jauh, sangat jauh
Aku tidak ada apa apa ibu
Aku tidak seperti anak anak yang lain
Aku bodoh
Aku kosong
Aku benak
Aku tengin
Akulah segala galanya
Jadi jangan mengharap aku jadi yang terbaik
Jadi jangan paksa aku untuk menjadi apa yang aku ludah
"ibu tak nampak pun along study"
"aku study siang malam dalam bilik, ada ibu masuk bilik along?!
ada ibu tengok apa yang along baca, apa yang along tulis?!"
hati melawan tapi bibir tak terbuka
Jangan cakap sebab nak tunjuk yang kau amik kesah pasal aku
Aku sedar aku siapa
Tak lama lagi kau tidak akan melihat muka ini lagi
Muka ini akan pergi jauh
Mengejar apa yang dikejar
Bukan mengejar apa yang di paksa.

Hari Ini

Hari ini merupakan hari yang paling istimewa bagi aku
Hari ini hari aku
Hari ini dunia milik aku
Hari ini aku akan senyum sepanjang masa
Hari ini aku akan buat apa saja yang aku suka
Hari ini aku akan kosongkan otak dan hanya memikirkan dia
Kerana hari ini sudah 1tahun 4bulan aku bersama dia :)
I Love You.

Malam Mulut Tak Henti Bercakap.

Malam itu, aku terasa malam itu sungguh meriah. Tapi aku tak dapat mencari apa sebabnya. Aku dan rakan mahu ke Bodysuf Music, jamming. Aku pergi bersama Cheng. Menaiki motor milik abangnya. Kami bertolak dari rumah kira kira jam 9.50pm dan tiba disana pada pukul 10.15. Benda first yang menarik perhatian aku sebaik saja sampai ialah kedai burger yang baru di buka yang terletak di bawah Bodysurf tu. Cheng meletakkan motor milik abangnya itu berhampiran kedai burger itu.

"hello, ha ayam kau kat mana? aku ngan cheng dah sampai" Aku menelefon seorang lagi kawan kami, Raff. Otw katanya -_-

"baru bukak ke bang kedai burger?" Cheng bertanya soalan yang agak tak masuk akal kepada abg buger itu. haha. Abg burger hanya mengangguk.

"kedai tutup pukul berapa bang?" Cheng bertanya lagi.

Aku sibuk mencari lighter di dalam beg untuk 'menyalakan' rokok.

"ehh lama. Pukul 1.00am, 2.00am tutup ah" Abg buger mula membuka mulut.

"kalau macam tu abang boleh a tengok2 kan motor saya eh?" Cheng membalas.

"owkeh takda hal lah. ha, tengah tunggu member eh? meh a lepak sini dulu. aku nak tanya soalan2 tentang manusia kat korang ni." Aku pandang Cheng, Cheng pandang Aku. Last2 ktorg duduk je la.

Dia memulakan sesi pada malam itu.

"kau umur berapa?" soalan diaju kat aku

"17"

"ha, kau plak?"

"18 (menipu)"

"ok bagus. korang ada mak?"

Kami hanya mengagguk

"ok contoh la kan. contoh eh. contah a mak korang langsung tak pernah suruh korang solat daripada kecik sampai la sekarang, kalau korang tak tau solat sekarang ni, salah siapa?"

Aku dan Cheng agak terkejut dengan cara dia memulakan sesi perkenalan.

"mak" Cheng jawab

"ha, mak kan? betul tu. ok, kalau la mak korang isap rokok dalam rumah, bawak arak masuk rumah. kalau korang besar nnt pun buat benda yang sama. salah siapa?"

"mak" Cheng jawab lagi

"ha, salah mak. kali ni soalan sempoi punya abg nak tanya. kalau mak kita janda kan. then dapat plak bf baru. bila bf baru dia ada, kau tak dilayan seperti anak. kau berlapar dari pagi ke malam. yang mak kau sibul jual puk* kat bf dia. tu ke yang dikatakan mak?"

Aku menggeleng.

"ha, tu bukan mak, tu pukimak kan?"

Kami hanya tertawa kecil.

Tiba tiba Raff muncul memotong sesi kami bersama abg burger. Kami salam abg burger yang dari awal tadi tidak memberi tahu namanya itu, lalu terus naik ke atas. Sewaktu aku berada di dalam studio aku terfikir, ada betul jugak apa yang diperkatakan oleh abg burger itu tadi. Tapi sampai sekarang aku masih berfikir, cerita tu untuk siapa? tentang siapa yang dia ceritakan? diri dia kah? Hmmm.

Cerita Seorang Budak

15hb July 1992. Saat dimana matahari ingin keluar dari tempat persembunyiannya. 11.27am, lahirnya seorang bayi lelaki yang pertama kalinya melihat dunia. Dengan tangisan, senyuman manis tanda bahagia terukir pada wajah si ibu. Bersyukur anak sulungnya lahir dengan begitu sempurna. Bayi kecil itu sangat comel. Dia dikelilingi oleh para manusia manusia yang teruja apabila melihatnya. Dia seperti seorang rockstar. Hari semakin hari bayi kecil tu semakin membesar. Dan kini berusia 17tahun dan sudah tumbuh bulu. Nak dikatakan pandai, tidak dalam pelajaran. Nak dikatakan banyak bercakap, dia lebih selesa tersengih apabila soalan diaju, agak pemalu orang nya. Dia suka bersendiri didalam kamar kecilnya. Dia pernah dipanggil anak dara. Dia pernah dikatakan sombong. Dia pernah di perli oleh ahli keluarganya. Dia juga pernah dituduh menghisap dadah.

"kamu ni kenapa bodoh sangat eh? benda macam tu pun tak boleh buat?!" tengking si pakcik.

Tahukah kamu kenapa dia lebih suka bersendiri di dalam kamar kecilnya? Tahukah kamu apa yang dikata kata hatinya? Pernahkah kamu tanya apa sebenarnya masalahnya? Pernahkah kamu ambil berat tentang dirinya? Dia sedang menulis. Ya, dia sedang menulis di dalam kamar kecilnya. Menulis apa yang tersirat. Menulis ketika diri dalam kesedihan. Menulis apa yang terjadi saban hari. Menulis tentang kenapa diri tak dihargai. Sewaktu dia kecil kamu berebut rebut mahu mendukungnya. Sewaktu dia kecil kamu panggil dia sayang. Tetapi sayang itu mula hilang sedikit demi sedikit dari gegendang telinganya. Dia bertanya kepada diri

"kenapa aku dilayan macam ni?"
"kenapa mereka susah nak faham aku?"
"kenapa aku disini? kenapa!?"

Dia pernah melakukan kesilapan kecil, tersebar dengan cepat tak sampai 24jam. Tapi bila kamu melakukan kesilapan, kamu diam, menyorok di balik belakang pintu barai. Kamu ingin dia menjadi yang terbaik, tapi pernahkah kamu tanya apa yang terbaik untuknya? Kamu menyuruhnya menjadi Engineer, Pilot dan sebagainya, tapi pernahkah kamu bertanya apa yang dia minat, apa cita citanya? Kamu hanya bagi dia tekanan. Kamu hanya bagi dia harapan palsu. Kamu lontarkan sindiran sindiran yang tak berguna. Sekarang, dia disini. Ya, dia disini. Dia sedang bercerita. Dia sedang menulis. Dia sedang bercakap. Dia sedang mengeluarkan apa yang ada di dalam. Ya, bayi lelaki itu adalah aku.

Aku tak kesah

Taknak kawan aku? kau boleh pegi mampos. Aku tak kesah.
Taknak kawan aku? kau boleh blah. Aku tak kesah.
Taknak kawan aku? kau pegi cari kawan yang lagi baik dari aku. Aku tak kesah.
Taknak kawan aku? kau duduk diam diam jangan cakap belakang.
Taknak kawan aku? ingat, si bangsat ni yang banyak tolong kau.
Taknak kawan aku? ingat, si bangsat ni la yang banyak bagi kau nasihat.
Taknak kawan aku? ingat, si bangsat ni la yang teman kau bila kau kesunyian.
Aku tak mati kalau kau takda.
Terima kasih atas segala jasa dan khidmat mu, 'berlapis'.

A

Kau datang
Kau kata dia cantik
Dialah segala galanya
Kau petik bunga itu
Kau cium bau wangi bunga itu
Kau sayang bagai nak mati pada bunga itu
Kau keluarkan air pada bunga itu
Lama kelamaan kau mula bosan. Muak
Tak endah pada bunga itu lagi
Hidung tidak melekat menghirup bau wanginya lagi
Tak mengucap selamat pagi kepadanya lagi
Kau tolak dia sejauh jauhnya
Kau koyakkannya satu persatu
Dia menangis
Dia semakin mengecut. Lemas
Kau memang tak guna bangsat!