Cerita Seorang Budak

15hb July 1992. Saat dimana matahari ingin keluar dari tempat persembunyiannya. 11.27am, lahirnya seorang bayi lelaki yang pertama kalinya melihat dunia. Dengan tangisan, senyuman manis tanda bahagia terukir pada wajah si ibu. Bersyukur anak sulungnya lahir dengan begitu sempurna. Bayi kecil itu sangat comel. Dia dikelilingi oleh para manusia manusia yang teruja apabila melihatnya. Dia seperti seorang rockstar. Hari semakin hari bayi kecil tu semakin membesar. Dan kini berusia 17tahun dan sudah tumbuh bulu. Nak dikatakan pandai, tidak dalam pelajaran. Nak dikatakan banyak bercakap, dia lebih selesa tersengih apabila soalan diaju, agak pemalu orang nya. Dia suka bersendiri didalam kamar kecilnya. Dia pernah dipanggil anak dara. Dia pernah dikatakan sombong. Dia pernah di perli oleh ahli keluarganya. Dia juga pernah dituduh menghisap dadah.

"kamu ni kenapa bodoh sangat eh? benda macam tu pun tak boleh buat?!" tengking si pakcik.

Tahukah kamu kenapa dia lebih suka bersendiri di dalam kamar kecilnya? Tahukah kamu apa yang dikata kata hatinya? Pernahkah kamu tanya apa sebenarnya masalahnya? Pernahkah kamu ambil berat tentang dirinya? Dia sedang menulis. Ya, dia sedang menulis di dalam kamar kecilnya. Menulis apa yang tersirat. Menulis ketika diri dalam kesedihan. Menulis apa yang terjadi saban hari. Menulis tentang kenapa diri tak dihargai. Sewaktu dia kecil kamu berebut rebut mahu mendukungnya. Sewaktu dia kecil kamu panggil dia sayang. Tetapi sayang itu mula hilang sedikit demi sedikit dari gegendang telinganya. Dia bertanya kepada diri

"kenapa aku dilayan macam ni?"
"kenapa mereka susah nak faham aku?"
"kenapa aku disini? kenapa!?"

Dia pernah melakukan kesilapan kecil, tersebar dengan cepat tak sampai 24jam. Tapi bila kamu melakukan kesilapan, kamu diam, menyorok di balik belakang pintu barai. Kamu ingin dia menjadi yang terbaik, tapi pernahkah kamu tanya apa yang terbaik untuknya? Kamu menyuruhnya menjadi Engineer, Pilot dan sebagainya, tapi pernahkah kamu bertanya apa yang dia minat, apa cita citanya? Kamu hanya bagi dia tekanan. Kamu hanya bagi dia harapan palsu. Kamu lontarkan sindiran sindiran yang tak berguna. Sekarang, dia disini. Ya, dia disini. Dia sedang bercerita. Dia sedang menulis. Dia sedang bercakap. Dia sedang mengeluarkan apa yang ada di dalam. Ya, bayi lelaki itu adalah aku.

Tiada ulasan: