Malam Mulut Tak Henti Bercakap.

Malam itu, aku terasa malam itu sungguh meriah. Tapi aku tak dapat mencari apa sebabnya. Aku dan rakan mahu ke Bodysuf Music, jamming. Aku pergi bersama Cheng. Menaiki motor milik abangnya. Kami bertolak dari rumah kira kira jam 9.50pm dan tiba disana pada pukul 10.15. Benda first yang menarik perhatian aku sebaik saja sampai ialah kedai burger yang baru di buka yang terletak di bawah Bodysurf tu. Cheng meletakkan motor milik abangnya itu berhampiran kedai burger itu.

"hello, ha ayam kau kat mana? aku ngan cheng dah sampai" Aku menelefon seorang lagi kawan kami, Raff. Otw katanya -_-

"baru bukak ke bang kedai burger?" Cheng bertanya soalan yang agak tak masuk akal kepada abg buger itu. haha. Abg burger hanya mengangguk.

"kedai tutup pukul berapa bang?" Cheng bertanya lagi.

Aku sibuk mencari lighter di dalam beg untuk 'menyalakan' rokok.

"ehh lama. Pukul 1.00am, 2.00am tutup ah" Abg buger mula membuka mulut.

"kalau macam tu abang boleh a tengok2 kan motor saya eh?" Cheng membalas.

"owkeh takda hal lah. ha, tengah tunggu member eh? meh a lepak sini dulu. aku nak tanya soalan2 tentang manusia kat korang ni." Aku pandang Cheng, Cheng pandang Aku. Last2 ktorg duduk je la.

Dia memulakan sesi pada malam itu.

"kau umur berapa?" soalan diaju kat aku

"17"

"ha, kau plak?"

"18 (menipu)"

"ok bagus. korang ada mak?"

Kami hanya mengagguk

"ok contoh la kan. contoh eh. contah a mak korang langsung tak pernah suruh korang solat daripada kecik sampai la sekarang, kalau korang tak tau solat sekarang ni, salah siapa?"

Aku dan Cheng agak terkejut dengan cara dia memulakan sesi perkenalan.

"mak" Cheng jawab

"ha, mak kan? betul tu. ok, kalau la mak korang isap rokok dalam rumah, bawak arak masuk rumah. kalau korang besar nnt pun buat benda yang sama. salah siapa?"

"mak" Cheng jawab lagi

"ha, salah mak. kali ni soalan sempoi punya abg nak tanya. kalau mak kita janda kan. then dapat plak bf baru. bila bf baru dia ada, kau tak dilayan seperti anak. kau berlapar dari pagi ke malam. yang mak kau sibul jual puk* kat bf dia. tu ke yang dikatakan mak?"

Aku menggeleng.

"ha, tu bukan mak, tu pukimak kan?"

Kami hanya tertawa kecil.

Tiba tiba Raff muncul memotong sesi kami bersama abg burger. Kami salam abg burger yang dari awal tadi tidak memberi tahu namanya itu, lalu terus naik ke atas. Sewaktu aku berada di dalam studio aku terfikir, ada betul jugak apa yang diperkatakan oleh abg burger itu tadi. Tapi sampai sekarang aku masih berfikir, cerita tu untuk siapa? tentang siapa yang dia ceritakan? diri dia kah? Hmmm.

Tiada ulasan: