Si Budak Dan Si Dia

Lihat dia
Dia pernah kata dia sunyi
Seorang dan tiada siapa peduli
Ramai ingin mendekati
Tetapi ramai juga yang lari
Tiba tiba seorang budak hadir dalam dirinya
Budak itu mencuri hatinya
Budak itu mewarnai harinya
Budak itu buat dia ketawa
Budak itu buat dia tersenyum
Budak itu mengisi kekosongan hidupnya
Gelang yang dibuat oleh dia
Dibagi kepada budak itu
Tanda kawan atau lebih dari itu
Tapi lama kelamaan gelak tawa semakin lenyap
Warna warni bertukar hitam
Dia hilang
Dia dirampas
Dia diculik
Dia diam
Dia membisu
Dia bagi harapan yang tinggi kepada budak itu
Dia pernah bilang "jangan pergi jauh dari aku, aku sunyi"
Kini, hanya gelang yang diberi menjadi pengubat rindu
Air mata mengalir
Budak itu keseorangan
Budak itu sedih
Budak itu tidak mampu senyum
Dia terus pergi tanpa sebarang kata.

3 ulasan:

si ninaa la ! berkata...

itu lumrah. hidup tak semudah 123.

Si Pekik A.K.A Si Pekak berkata...

budak tu pegi ner brow
hi ninaa lala

si ninaa la ! berkata...

oh hi !