Kenapa

Sekali sekala otak kita berfikir,
kenapa aku tidak jadi seperti burung?
terbang bebas kemana saja tanpa memikirkan masalah
yang sering dihadapi saban hari.
Kadang kadang otak kita berfikir,
kenapa aku dilahirkan begini?
hidup seperti bola,
ditendang sekuat kuatnya oleh kaki kaki bangsat
terperangkap dalam kelompok yang kejam.
Tapi jarang sekali otak kita berfikir,
kenapa aku tidak di bebaskan seperti burung,
adakah aku terlalu buas dengan segala benda yang ada didunia ini?
Lupa bertanya kepada diri
kenapa ditendang oleh kaki kaki bangsat.

jangan sesekali fikir diri kita sempurna

1 ulasan:

fieqa berkata...

na mencelah je.
kenape tidak jadi sperti burung?
kerana walaupun burung bebas berterbangan tp burung ta pena tahu hala tuju sebuah kehidupan.
burung ta pena tahu pe matlamat hidup.
sebp tuh kita dilahirkan sbgi insan yg sempurna sifatnye walaupun kurang sempurna sikapnya.
dan kenapa pulak kita dilahirkan umpama bola?
sebp kaki2 yg bangsat tuh lah yg akan mendorong kita ntuk ke depan walaupun sakit dan susah hanya kerana ingin mendapat gol atupun kejayaan yg bermakna.

~huu hanya jwapan bg puisi indah diatas mungkin.