Untuk Seorang.

Khamis. Jam tiga pagi. Anuar atas katil king saiz. Baring sorang-sorang menunggu si dia datang dan peluk.
Tunggu.
Tunggu.
Tunggu.
Sampai terlelap.


Jumaat. Jam dua lima lima pagi. Anuar atas katil king saiz. Baring sorang-sorang menunggu si dia datang dan cium.
Tunggu.
Tunggu.
Tunggu.
Sampai berdengkur.


Sabtu. Jam dua tiga puluh pagi. Anuar atas katil single. Sedang nyenyak tidur. Kerana jam dua belas tengahari nanti dia mahu keluar tengok wayang cerita Kepala Putus. Untuk seorang.

1 ulasan:

wannh ardan berkata...

kesian anuar
drpd king saiz ke single
sepi.