Sudah Jatuh.

Nampaknya seperti sampan yang aku bina untuk kita sudah karam ke dasar tasik. Tiada harapan lagi. Kepulan asap rokok yang kita hembus ke dada dada langit tidak lagi kelihatan seperti bidadari. Ianya kosong. Hanya asap busuk bagi perempuan perempuan yang lepak di Starbucks atau Coffee Bean. Ingat lagi jambatan yang kita bina? Ia semakin samar ditutupi kabus tebal. Dan kau masih ingat lagi langit ke lapan? Dimana aku pernah bisik halus ditelinga sebelah kiri kau yang kita akan tinggal disana? Aku rasa...kita biar saja ia terbengkalai. Bila satu hari nanti kau ada orang baru, please jangan bawa dia ke situ. Sebab nanti aku akan mengamuk lalu bertukar menjadi serigala macam Jacob. Kita bermaksud, KITA SAHAJA.


Tiada ulasan: