Sebelum Itu.

sebelum itu
katakan kau rindu
katakan kata kata itu
teriakkan jerit batinmu
laungkan rasa cinta palsu
agungkan kata hati satu
tepikan pahit pahit hempedu
muntahkan kelat resah itu
rasa
jiwa
hati
perasaan
yang tak pernah pernah bersatu
yang tak henti henti bersatu
yang tak mahu mahu berundur
jatuh aku tersungkur
jatuh aku dalam lumpur
jatuh aku jatuh

sebelum itu,
sebelum kau pergi ke dunia baru.

Tiada ulasan: